Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih.

Seorang lelaki di Lhokseumawe, Aceh yang baru pulang daripada menunaikan solat tarawih di masjid terkejut apabila melihat si isteri berdua-duaan dengan teman lelakinya di rumah mereka, lapor laman berita Okezone semalam.

Menerusi klip video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @hitzmedsos, seorang wanita memakai baju berwarna hijau dilihat sedang meminta maaf kepada suaminya sambil memegang kaki lelaki itu.

Wanita berkenaan menangis sekuat hati sambil meminta maaf.

Si suami yang kecewa, hanya mampu menyuruh wanita itu memanggil ibu dan bapanya tanpa dinyatakan sebabnya.

“Panggil ibu dan bapa kamu ke sini,” bentak lelaki tersebut.

Di belakang wanita berkenaan, seorang lelaki lain yang dipercayai kekasih gelap wanita tersebut dilihat sedang menutup wajahnya.

Kejadian itu turut disaksikan oleh orang ramai yang memenuhi rumah mereka.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Tak dapat dibayangkan betapa hancurnya perasaan suaminya,” kata seorang netizen.

“Curang adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan. Memaafkan mungkin boleh seiring waktu berjalan, namun tidak untuk melupakan,” kata netizen lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by * HITZMEDSOS * (@hitzmedsos)

Baca lagi:

Penemuan berlian bernilai lebih RM300 ribu mengubah nasib seorang petani

Kejadian aneh, dalam diam-diam semut bawa lari rantai emas, ini reaksi tuan rantai

Jika kenderaan dilanggar pemandu tiada lesen dan cukai jalan mati, apa perlu buat? Peguam ajar cara selesaikan

CATEGORIES
TAGS