Isteri kantoi curang, suami minta pampasan RM7.25 juta jika isteri gagal pulangkan organ yang diderma dahulu

Photo of author

By Joe

Isteri kantoi curang, suami minta pampasan RM7.25 juta jika isteri gagal pulangkan organ yang diderma dahulu. Sudah menjadi kebiasaan apabila sudah mendirikan rumah tangga, kita pasti mahukan yang terbaik buat pasangan serta sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan mereka.

Menyesal derma organ

Namun begitu, seorang lelaki bernama Dr. Richard Batista meluahkan rasa menyesal menderma organnya kepada isteri melalui pembedahan yang dilakukan pada tahun 2011.

Isteri kantoi curang, suami minta pampasan RM7.25 juta jika isteri gagal pulangkan organ yang diderma dahulu

Rasa menyesal itu timbul selepas Richard dan isteri, Danwell kini dalam proses untuk bercerai.

Tuntut kembalikan organ

Hal yang mengejutkan apabila lelaki terbabit tuntut agar si isteri untuk kembalikan organ yang pernah diderma iaitu satu buah pinggangnya.

Bahkan meminta pampasan sebanyak €1.2 juta (RM7.25 juta) jika wanita berkenaan gagal memulangkan organ itu semula.

Richard membuat permintaan tidak masuk akal seperti itu kerana mendakwa isteri telah bermain kayu tiga dibelakangnya.

Mahkamah tolak permintaan

Walau bagaimanapun, Mahkamah Agung Daerah Nassau, Bahamas menolak permintaan terbabit kerana dianggap terlalu tidak masuk akal.

Malah, pakar turut menyuarakan ia sememangnya melanggar etika kedoktoran meskipun hal itu tidak mustahil untuk dilakukan.

Baca Lagi:
Bulan semakin mengecil, pakar dedah ini yang bakal berlaku di bumi
“Orang mengajar agama tapi perangai samseng!”- Tular video pelajar tahfiz kena sepak terajang dengan ustaz
Bomba kesan ada 3 hingga 4 ‘kawah air’ di Pantai Batu Burok