Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap ‘check in’ hotel mewah bersama suami orang di Madinah

Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap ‘check in’ hotel mewah bersama suami orang di Madinah

Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap ‘check in’ hotel mewah bersama suami orang di Madinah. Seorang suami berasal dari Sabah mendedahkan kecurangan isterinya bersama dengan seorang lelaki bergelar doktor ketika sama-sama bertugas di Mekah anjuran Tabung Haji pada tahun lalu.

Edwind Hiew telah memuat naik banyak gambar di Facebook berserta bukti mesej perbualan isterinya, Aini bersama lelaki tersebut yang juga sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Menerusi tangkap layar mesej tersebut doktor berkenaan telah memulakan perbualan beberapa kali dengan bertanya apa yang sedang dilakukan wanita itu.

Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap 'check in' hotel mewah bersama suami orang di Madinah

Lama kelamaan, mereka semakin selesa berbual sehinggalah pada penghujung Julai tahun lalu, doktor bernama Habir itu mengakui sudah jatuh cinta kepada isteri Edwind itu.
Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap 'check in' hotel mewah bersama suami orang di Madinah

Saya dah mula sukakan Aini. Saya tak pernah ada perasaan macam ni semenjak kahwin. I love you, Aini.”

Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap 'check in' hotel mewah bersama suami orang di Madinah

Kedua-dua mereka juga berkali-kali makan bersama dan pada tarikh 9 Ogos, Habir dan Aini telah melakukan perkara terkutuk ketika berada di Madinah.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Edwind, isterinya dan doktor itu telah mendaftar masuk sebuah hotel mewah di Madinah selama 3 hari 2 malam tanpa pengetahuan pihak Tabung Haji.

Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap 'check in' hotel mewah bersama suami orang di Madinah

Saya datang lambat sikit, ada kerja. Aini tunggu kata bilik hotel dulu. Jangan risau saya tak buat apa-apa pun.”

Perkongsian Edwind meraih perhatian ramai warganet selepas dia meminta bantuan warganet untuk mendapatkan maklumat lokasi tempat tinggal atau pejabat lelaki itu dan isterinya.

Laporan polis juga telah dibuat olehnya bagi tujuan tindakan mahkamah, pihak Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan agar mengenakan tindakan tatatertib terhadao doktor berkenaan.

Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap 'check in' hotel mewah bersama suami orang di Madinah

Baca Lagi:
“Rupanya ini rancangan dia”, baru sehari nikah terus isteri ajak bercuti, sekali suami kena kunci dalam bilik air hotel
Polis membunuh kerana cemburu, kisah pembunuhan kejam Along Spoon yang generasi sekarang ramai tak tahu
Tak sampai sebulan terpacak, tiang bendera Sarawak bernilai RM30 juta terkoyak
CATEGORIES