Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai separuh mati

Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai separuh mati

Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai nyawa-nyawa ikan.

Hancur luluh hati seorang jurulatih peribadi apabila mendapati isterinya curang dengan seorang gelandangan.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Eduardo Alves berjalan mendekati sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan lalu mengintai ke dalam kenderaan itu melalui cermin depan dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan bersama lelaki lain.

Berang dengan perbuatan isterinya, Eduardo terus menumbuk cermin kereta dan membelasah lelaki tidak guna itu bagaikan tiada hari esok.

Si isteri yang dikatakan rajin pergi ke gereja setiap minggu memberitahu rakannya bahawa dia sebelum itu ada menerima ‘mesej’ daripada Tuhan semasa tidur, yang meminta dia membantu lelaki gelandangan itu.

Kejadian itu berlaku di kawasan kejiranan Jardim, di Brazil pada awal pagi 10 Mac 2022 .

Menurut laporan media tempatan, wanita itu bersama ibu mertuanya keluar untuk mencari lelaki gelandangan itu sebelum terpisah mengikut haluan masing-masing.

Eduardo cuba menghubungi isterinya tetapi panggilannya langsung tidak dijawab. Eduardo kemudian menemui kereta isterinya di kawasa sekolah dan apabila diperiksa, dia tidak menyangka isterinya sedang berdua-duaan dengan lelaki gelandangan berkenaan.

Video rakaman CCTV jelas menunjukkan Eduardo membelasah lelaki gelandangan itu tanpa belas kasihan. Isterinya pula hanya mampu terduduk di luar kereta tanpa berbuat apa-apa.

Eduardo dalam keterangannya kepada polis berkata, dia menyangka isterinya dirogol oleh lelaki gelandangan itu. Namun wanita itu berkata, hubungannya dengan lelaki gelandangan itu atas persetujuan bersama. Malah dia memberitahu polis bahawa dia seronok membantu orang susah melalui aktiviti gereja yang dihadirinya.

Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai separuh mati

Lelaki gelandangan itu dibawa ke hospital dengan kesan lebam dan hitam di kedua-dua belah mata. Keadaannya dilaporkan semakin pulih dari kecederaan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Baca Juga : Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari

Ini 5 kisah misteri yang menghantui lebuhraya Karak sehingga ke hari ini

CATEGORIES
TAGS