Isteri hilang, suami terkejut jumpa dalam perut ular sawa gergasi. Seorang pekebun terkorban selepas dibaham seekor ular sawa gergasi ketika beliau hendak menjual hasil kebunnya, dalam kejadian pada Jumaat.
Mangsa, Farida, yang berusia 50 tahun itu dilaporkan hilang oleh suaminya apabila beliau menyedari isterinya tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi sejak Khamis.
Menurut portal Wartabanjar, kejadian tragis itu berlaku di Dusun III Paraja, Desa Kalempang, wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.
Penghulu Desa Kalempang, Suardi Rosi, memberitahu bahawa suami mangsa menemukan seekor ular gergasi berukuran tujuh meter dengan perut yang membonjol.