Isteri dedah Nabil Ahmad sanggup bayar gaji tapi berhenti jadi pramugari

Isteri dedah Nabil Ahmad sanggup bayar gaji tapi berhenti jadi pramugari

Isteri dedah Nabil Ahmad sanggup bayar gaji tapi berhenti jadi pramugari. Isteri kepada pelawak terkenal, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub mendedahkan bahawa dia pernah menjadi seorang pramugari sebeblum berkahwin dengan suaminya.

Bekas pramugari itu turut berkongsi pengalamannya sebagai ‘flower pot’ di syarikat penerbangan Air Asia menerusi temu bual bersama Zarul Umbrella.

Saya pakai uniform, duduk sebelah VIP. Itulah ‘flower pot’, apa yang kita panggil kalau jadi kru kabin. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama ‘flower pot’.

Isteri dedah Nabil Ahmad sanggup bayar gaji tapi berhenti jadi pramugari

Menurut Zira, bukan mudah baginya untuk menjadi seorang ‘flower pot’ kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal semasa dalam tempoh latihan.

Namun, kariernya sebagai pramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pelawak berusia 39 tahun itu.

Sebab Haji ada cakap, ‘kalau awak terbang, macam mana kita nak jumpa? Terpaksa resign, kalau ikutkan hati saya tak nak berhenti sebenarnya.

Bukan itu sahaja, Zira turut mendedahkan bahawa Nabil sanggup membayar gaji yang sama ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu sebagai pendapatannya.

Saya cakap dengan haji, ‘kalau saya berhenti, awak kena bayar gaji saya. Berapa saya dapat, itulah yang awak kena bayar setiap bulan’ dan dia pun setuju.

@zarulumbrellaofficialIkuti kisah menarik Zira yg merupakan wife kpd Nabil Ahmad semasa bertugas diawan biru bersama AirAsia♬ original sound – Zarul Umbrella

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji tindakan Nabil sebagai seorang suami yang berlaku adil terhadap isterinya.

Malah, netizen turut menyifatkan bapa kepada tiga cahaya mata itu sebagai lelaki ‘alpha’ sebenar.

Isteri dedah Nabil Ahmad sanggup bayar gaji tapi berhenti jadi pramugari

Baca Lagi:
13 tahun telah berlalu, ramai tak sangka ini kehidupan terkini balu Achik Spin
Tular gambar Bung Moktar main judi bersama dengan cip bernilai RM50,000 dan RM10,000 atas meja
Rezeki pekerja lori sampah, ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam berisi wang tunai RM90,000
CATEGORIES