Isteri cekup kawan baik berasmara dengan suami atas katil selepas minta tolong jagakan anak

Isteri cekup kawan baik berasmara dengan suami atas katil selepas minta tolong jagakan anak

Isteri cekup kawan baik berasmara dengan suami atas katil selepas minta tolong jagakan anak. Seorang wanita patah hati apabila sahabat baiknya sendiri dicekup beradu asmara bersama suami di atas katil rumah mereka ketika dia keluar bekerja di luar kawasan.

Difahamkan wanita itu meminta bantuan ‘BFF’ untuk menjaga suaminya buat seketika namun telah bertindak melampaui batas.

Pasangan suami isteri itu juga mempunyai seorang anak lelaki selain lelaki berkenaan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya memperoleh gaji sampingan menerusi aktiviti pelaburan.

Isteri cekup kawan baik berasmara dengan suami atas katil selepas minta tolong jagakan anak

Si isteri yang terpaksa bekerja di luar kawasan terpaksa meminta bantuan kawan baiknya untuk menjaga anak dan suami di rumah namun akhirnya berakhir dengan pengkhianatan.

Kawan baiknya itu bukan sahaja berani masuk ke bilik untuk melakukan hubungan seksual bersama si suami malah tergamak meminta anak tunggal pasangan itu untuk memanggilnya dengan panggilan ‘ibu’.

Kejadian jijik itu telah berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di dalam rumah dan si isteri kemudiannya bergegas pulang selain menuntut penjelasan mengenai apa yang telah terjadi.

Lebih menyedihkan adalah apabila si suami seolah-olah tidak terkesan malah berkata “beri saya sedikit masa, saya akan bercerai dengan awak apabila pembahagian harta sudah selesai” kepada isterinya.

Baca Lagi:
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
Rosmah Mansor bagi tips jaga suami, patutlah Najib sayang
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
CATEGORIES