Isteri Aaron Aziz kongsi resipi Kuey Teow goreng yang Syamsul Yusof makan bertambah-tambah

Isteri Aaron Aziz kongsi resipi Kuey Teow goreng yang Syamsul Yusof makan bertambah-tambah

Isteri Aaron Aziz kongsi resipi Kuey Teow goreng yang Syamsul Yusof makan bertambah-tambah. Isteri pelakon Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik berkongsi resipi kuetiau goreng yang tular selepas suaminya menyebut bahawa pengarah Syamsul Yusof menambah hidangan itu ketika berkunjung ke kediaman mereka sebelum ini.

Menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial, Diyana menyenaraikan bahan-bahan digunakan selepas ramai orang meminta dan mahu mencuba resipi tersebut.

“Kuetiau tu biasa je la. Pakai cili serbaguna Sufi, sos tomato dan cili, letak sos tiram sikit, lepas tu makanan laut dan kicap ABC.. tu je,” kata wanita berusia 40 tahun itu.

Isteri Aaron Aziz kongsi resipi Kuey Teow goreng yang Syamsul Yusof makan bertambah-tambah

Sebelum ini, dia meluahkan rasa sedih dan kesal berhubung konflik membabitkan suaminya dan Syamsul yang semakin berlarutan selepas suaminya digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster.

Diyana berkata, situasi yang terjadi mengajarnya bagi melihat dengan siapa seseorang perlu meletakkan kesungguhan selain dalam masa sama turut memiliki budi bahasa yang tinggi.

Terdahulu, Syamsul memaklumkan bahawa pelakon Singapura itu digugurkan atas beberapa faktor antaranya usia dan saiz fizikal yang mengundang kebimbangan pihak produksi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana Halik (@diyanahalik)

“Penerbit sudah berbincang dan menasihati saya bahawa Aaron tak boleh, dia dah tua, dia dah gemuk. Saya minta beri Aaron masa.

“Sebab Aaron sudah berjanji boleh kuruskan badan dan menjalani latihan intensif. Saya berbincang dengan beberapa orang penerbit bahawa saya sanggup ‘extend’ waktu penggambaran untuk beri masa pada Aaron.

“Tetapi sebagai seorang sahabat, saya takut apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi kerana dia ada slipped disc,” kata pengarah filem Mat Kilau itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana Halik (@diyanahalik)

Tidak berdiam diri, Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha Aziz tampil menjelaskan bahawa dia terpaksa mengambil suntikan demi mendapatkan susut badan ideal seperti dikehendaki pengarah berkenaan.

Selain menyatakan beberapa konflik dalaman, Aaron juga mendakwa suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana itu enggan berjumpa dengan dirinya untuk menyelesaikan masalah terbabit.

Tonton minit 6:07

Baca Lagi:
Imam diserang lelaki “selipar” ketika solat Subuh
7 Selebriti terkaya di Malaysia, no 4 paling tak sangka nilai bersih sampai belas-belas juta
“Netizen seram tengok watak Uqasha Senrose”
CATEGORIES