Istana bekas PM Bangladesh dirompak dengan rakyat sendiri

Photo of author

By Joe

Istana bekas PM Bangladesh dirompak dengan rakyat sendiri. Orang ramai mengambil kesempatan untuk merompak pelbagai barangan dari kediaman bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas beliau meletakkan jawatan dan melarikan diri ke luar negara, menurut rakaman siaran tempatan.

Berdasarkan laporan The New York Times, rakaman tersebut menunjukkan orang ramai memanjat pintu pagar kediaman itu, melemparkan barang-barang ke dinding, merosakkan potret, dan membuang makanan.

Peletakan jawatan Hasina disifatkan sebagai satu perayaan oleh rakyat Bangladesh yang meraikan keputusan tersebut.

Istana bekas PM Bangladesh dirompak dengan rakyat sendiri

Siaran di media sosial dan rakaman televisyen secara langsung juga menunjukkan orang ramai mengambil ternakan dari kediaman itu, termasuk ayam, itik, dan arnab, sementara beberapa orang lagi bergambar dengan haiwan-haiwan tersebut.

Penduduk, Monsur Ali, berkata dia adalah antara ribuan orang yang memasuki kediaman perdana menteri itu dan mengambil barangan yang ada di dalamnya.

“Kami pergi ke sana kerana marah. Tiada apa-apa yang tinggal di sana,” katanya.

Hasina, 76, digulingkan dari jawatannya melalui protes yang berlangsung selama beberapa minggu ekoran konflik dalam jawatan kerajaan yang diinginkan rakyatnya, yang berlarutan hingga membawa maut.

Hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam rusuhan tersebut.

Rakyat di negara itu juga menentang peningkatan autoritarianisme Hasina selepas 15 tahun berkuasa.

Baca Lagi:
Guru kongsi kisah sedih, murid minta bacakan Quran sebelum meninggal dunia
“Seumur hidup aku, ini benar-benar sebuah Hari Ibu yang tawar”
Perhilitan rampas cengkerang ‘ong’ bernilai RM1 juta