Ismail Sabri jawab selepas kecoh perjumpaan dengan pemimpin PAS di Tropicana

Ismail Sabri jawab selepas kecoh perjumpaan dengan pemimpin PAS di Tropicana

Ismail Sabri jawab selepas kecoh perjumpaan dengan pemimpin PAS di Tropicana. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terdapat pertemuan tertutup membabitkan pemimpin BN dan PAS di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, semalam.

Ismail Sabri berkata, segala tindakannya kini disalah tafsir sehingga dianggap pengkhianat jika bertemu dengan rakan daripada Pas manakala pihak yang bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dianggap hero.

“Tak betul (pertemuan itu). Mana ada perjumpaan membabitkan 10 orang itu. Tengok senarai nama tu lima orang sahaja. Ini semua fitnah jahat untuk merosakkan nama saya.
“Hari ini nak jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Jumpa kawan Pas (dianggap) jadi pengkhianat, jumpa orang PH jadi hero penyelamat parti. Semua orang dah gila,” lapor Malaysiakini.

Malaysiakini turut melaporkan pertemuan itu dikatakan membabitkan 10 pemimpin BN dan Pas.

Ismail Sabri jawab selepas kecoh perjumpaan dengan pemimpin PAS di Tropicana

Selain Ismail Sabri, pemimpin lain yang didakwa terlibat dalam pertemuan itu ialah Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurut Ismail Sabri, beliau hanya menghadiri majlis perpisahan bersama bekas kakitangannya di Jabatan Perdana Menteri tetapi terdapat fitnah yang mengatakan beliau bersama Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kata beliau, pemimpin Umno lain seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut difitnah bahawa beliau membuat gerakan untuk melawan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang ini, kerana nak sokong orang lain bentuk kerajaan dan angkat orang jadi Perdana Menteri, pemimpin UMNO memaki hamun sesama sendiri dan memecahbelahkan Umno,” katanya.

Terdahulu, terdapat khabar angin berhubung perjumpaan di Tropicana Golf Resort yang diberi julukan ‘Langkah Tropicana’ itu tular di media sosial, disertakan dengan beberapa gambar yang didakwa dirakam ketika pertemuan itu.

Sementara itu, Ka Siong menerusi hantaran di Facebook, menzahirkan rasa kesal kerana difitnah kononnya terbabit dalam pertemuan itu.

“Ya, pagi semalam saya memang pergi ke Tropicana Golf Club atas jemputan dua orang usahawan Cina untuk bersama-sama brunch dim sum di Chinese Restaurant, di kelab itu.

“Apabila tiba di Tropicana, saya terserempak dengan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersarapan di kafe sebelah dengan Chinese Restaurant,” katanya.

Beliau berkata hanya bertegur sapa dengan Ismail Sabri sebelum dua rakannya tiba dan terus masuk ke Chinese Restaurant apabila dua rakannya itu tiba.

Baca Lagi:
Surat terbuka dari Tun M kepada pengundi
Tok Mun bekas calon bebas tertua dalam PRU, berkempen seorang diri hanya dengan mengayuh basikal
Perjumpaan pemimpin PAS dan Umno di Tropicana Golf Resort bakal gulingkan kerajaan Anwar?
CATEGORIES