
Isi minyak guna kad bank, duit akan ditolak RM200 dari sepatutnya, ini teknik sebenar yang ramai tak tahu supaya duit tidak ditolak RM200
Isi minyak guna kad bank, duit akan ditolak RM200 dari sepatutnya, ini teknik sebenar yang ramai tak tahu supaya duit tidak ditolak RM200. Pernah tak berlaku, apabila pergi stesen minyak untuk mengisi minyak kenderaan menggunakan kad, bank akan tolak duit RM200 dari jumlah sepatutnya?
Ketika ditanya kepada jurujual stesen minyak, mereka akan menjawab dalam dua tiga hari lagi bank akan pulangkan.
Sebagai pengguna, semestinya situasi itu akan membuatkan kita panik, gelisah dan sebagainya disebabkan wang itu perlu digunakan untuk membeli barang keperluan lain.
Pun begitu, jangan risau kerana Pak Haji menerusi akaun @petronaspulaiperdana berkongsi kepada umum cara yang betul mengisi minyak dengan menggunakan kad.
“Isi RM10, RM100 kena tahan, esok dan hari seterusnya baru bank pulangkan duit balik, masih lagi berlaku.
“Jadi Pak Haji nak tunjukkan cara macam mana kalau isi RM5 atau jumlah yang lain dengan menggunakan kad debit, yang ditolak hanya jumlah yang dipakai,” katanya.
Pertama sekali, tekan pada skrin yang ada di pam petrol itu.
Skrin tersebut akan memaparkan perkataan ‘preset jumlah’ dan ‘cetak semula’. Jadi pilih preset jumlah, yang membolehkan kita isi jumlah yang diingini.
Kemudian isi jumlah yang ingin diisi. Sebagai contoh ingin mengisi RM12, tuliskan di skrin itu dan setelah selesai pilih untuk pengesahan.
Selepas itu, sentuhkan kad kepada bahagian kad dan tunggu sehingga selesai.
Lakukan langkah seterusnya dengan mengisi minyak kenderaan.
Namun pada jumlah RM2.70 minyak sudah penuh berbanding dengan jumlah yang ditetapkan pada permulaan iaitu RM12.
Usah risau, walaupun sudah penuh pada jumlah RM2.70, kad tidak akan menolak RM200 dan akan menolak jumlah RM2.70 itu sahaja.
Walaupun jumlah yang ditetapkan adalah berlainan namun apabila minyak sudah penuh, secara automatik ia akan menolak jumlah minyak penuh itu.
“Tidak ada tolak RM200 atau beratus-ratus. Dengan segera yang ditolak hanya RM2.70 sahaja.
“Tidak perlu pergi kaunter dan panggil orang. Itulah cara yang betul,” jelasnya.
Dengan mengikut langkah yang diberikan, wang pengguna dijamin tidak akan ditolak jumlah yang besar oleh pihak bank.
Saksikan video penuh dibawah & semoga bermanfaat.
@petronaspulaiperdana Cara untuk elakkan dari RM200 kena tahan dengan bank menggunakan debit card #pakhajipetronas #petronas #petronaspulaiperdana #debitcard ♬ original sound – Pak Haji Petronas