iPhone SE 2022 Dilancarkan – 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu

ezgif 5 935dcddb2a

iPhone SE 2022 Dilancarkan – 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu. Apple pertama kalinya memperkenalkan iPhone SE pada tahun 2016 di mana ia membawakan konsep iPhone mampu milik yang menggunakan rekaan lama dengan spesifikasi dalaman yang terkini.

Tahun 2022 ini, Apple akhirnya telah melancarkan iPhone SE generasi ke-3 dengan sedikit naik taraf. Sebelum anda teruja untuk membeli iPhone SE 3 ini, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.

1. Penggunaan Cip A15 Dengan 5G

Sama seperti siri iPhone 13, iPhone SE 3 ini dikuasakan dengan cip terkini A15 dengan sambungan 5G. Cip A15 ini sememangnya dibuktikan sebagai cip pemprosesan terpantas dan terbaik yang berada di pasaran.

Apple iPhoneSE double infinity 220308 768x432 1

Apple mengatakan bahawa A15 Bionic yang diletakkan pada iPhone SE 3 ini 1.8 kali ganda lebih pantas berbanding iPhone 8. Walaupun masih menggunakan faktor bentuk yang sama dan teknologi 5G, Apple mengatakan iPhone SE yang baru ini mempunyai jangka hayat bateri lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

iPhone SE ini juga menyokong pengecasan nirwayar Qi dan pengecasan pantas 20W yang mengambil masa 30 minit untuk capai 50 peratus bateri.

2. Rekaan Ikonik Lama

Agak mengecewakan kerana rekaan luaran iPhone SE 3 ini sememangnya sama seperti generasi sebelumnya dan iPhone 8 yang telah dilancarkan pada tahun 2017 yang lalu. Namun tidak dinafikan bahawa masih ada lagi peminat iPhone dengan skrin bersaiz 4.7-inci.

Apple iPhoneSE iOS Maps 220308 732x1024 1

Apa yang menarik dengan iPhone bersaiz kompak ini adalah ia selesa untuk dipegang dan mudah untuk disimpan di dalam poket seluar. iPhone SE dengan rekaan ini juga sebenarnya disasarkan buat pengguna tegar iOS yang masih sukakan rekaan kompak serta sesuai untuk pengguna Android yang baru ingin berjinak dengan iOS.

3. Fitur Kamera Baharu

Selain daripada naik taraf cip, iPhone SE juga turut menerima beberapa fitur baru pada kamera namun terhad kepada perisian sahaja. Ini kerana, iPhone SE masih lagi menggunakan kamera 12-megapiksel yang sama seperti generasi sebelumnya.

Antara kelebihan komputasi fotografi yang ada pada iPhone SE adalah seperti Smart HDR 4Photographic StylesDeep Fusion dan Potrait mode. Kebanyakan fitur yang ditawarkan ini ada pada siri iPhone 13 dan 13 Pro.

Hasil gambar dari Deep Fusion. Sumber: Apple

4. Spesifikasi Lain Menarik

Beberapa spesfikasi lain yang menarik seperti penggunaan kaca di bahagian depan dan belakang iPhone SE 3 ini menggunakan kaca yang sama seperti siri iPhone 13 dan 13 Pro.

Turut disertakan penarafan IP67 untuk ketahanan air dan debu. iPhone SE ini juga direka untuk tahan dari tumpahan cecair.

Bagi peminat Touch ID dan Home Button, ini merupakan kelebihan buat peminatnya kerana iPhone SE 3 ini masih lagi mengekalkan pengesan cap jari yang sememangnya merupakan ciri keselamatan yang boleh dipercayai.

Ada sumber yang mengatakan bahawa iPhone SE 3 ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti sedikit besar dari generasi sebelumnya, 1821mAh. Ini dikuatkan lagi dengan pengumuman dari Apple yang menyatakan bahawa prestasi baterinya lebih baik dengan A15 berbanding sebelumnya.

Namun begitu, kita perlu nantikan bedah siasat dari pihak lain untuk iPhone SE 3 setelah dilancarkan bagi mengetahui kapasiti sebenar bateri ini.

5. Harga Dan Tarikh Jualan Rasmi

iPhone SE 3 hadir dengan tiga warna utama – Midnight, Starlight dan (PRODUCT)RED. Harganya pula adalah seperti berikut:

  • 64GB – RM2099
  • 128GB – RM2299
  • 256GB – RM2799

 

Apple iPhoneSE color lineup 4up 220308 768x512 1

Jika dilihat pada harga yang ditawarkan ini, terdapat sedikit kenaikan (sebanyak RM100) berbanding dengan generasi sebelumnya.

Menurut Laman Apple Malaysia, pra-tempah iPhone SE 3 ini bermula pada 18 Mac ini jam 9 pagi waktu Malaysia dan stok tersedia bermula 25 Mac ini.

 

Baca lagi:

Kerja syif malam boleh menyebabkan masalah daya ingatan dan jejas fungsi otak

Berbelanja guna kad kredit boleh menang hadiah RM125,000

Tular Proton wira hilang, owner ‘berputih mata’ kereta ditemui dalam keadaan togel

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.