“Ipar adalah maut”- Isteri terkejut suami kantoi ‘main’ dengan kakak kandung OKU. Semakin hari, semakin banyak berita perselingkuhan didedahkan melalui media sosial. Kisah-kisah tentang isteri yang merasa teraniaya dengan kehadiran pihak ketiga benar-benar menyedihkan. Lebih menyakitkan lagi apabila gangguan rumah tangga berasal dari individu yang paling dekat dalam kehidupan pasangan suami isteri.
Seorang wanita bernama @Trianahadiati turut mengungkapkan nasib malang seorang rakannya. Lebih parah daripada kisah dalam filem ‘Ipar Adalah Maut’, suami sahabatnya didedahkan telah berselingkuh dengan kakak kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Walaupun rakannya berusaha menjadi pasangan terbaik dalam rumah tangga, suaminya tetap memilih untuk meneruskan hubungan yang tidak sah dengan mahram tersebut.
Keluarga mereka mengetahui tetapi memilih untuk berdiam diri… Adik yang lain berkata, “Walau apa pun kesalahan kakak, biarlah aku yang bertanggungjawab.”
Menurutnya, sejak zaman kebelakangan ini, si isteri telah mula menyedari tingkah laku pelik kakak iparnya yang gemar berpakaian terdedah di rumah, seolah-olah dengan sengaja ingin ‘memancing’. Walaupun telah ditegur, nasihat tersebut tidak diberi perhatian sama sekali.
Bagi pihak si isteri, penderitaan yang dialami semakin menyiksa jiwa kerana keluarga mertuanya tetap memihak kepada anak mereka walaupun perbuatan itu dianggap haram dalam agama.
Si suami selalu cakap dia ingin membahagiakan kakaknya
Difahamkan, si kakak sering mengadu merasa kesepian dan keluhan itu membuatkan si adik lelaki bertekad untuk membahagiakannya. Bermula dengan rasa kasihan terhadap kakaknya yang cacat, siapa menduga ia menjadi titik mula berlakunya hubungan haram yang akhirnya berlanjutan ke hubungan kelamin. Kata Trianahadiati, rakannya kini sedang dalam proses menuntut penceraian memandangkan suaminya tidak mahu meninggalkan si kakak.
View this post on Instagram
View this post on Instagram