Ini sebab Mahkamah keluarkan waran tangkap kepada Exco Terengganu

Ini sebab Mahkamah keluarkan waran tangkap kepada Exco Terengganu

Ini sebab Mahkamah keluarkan waran tangkap kepada Exco Terengganu. Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Khamis mengeluarkan waran tangkap kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya mengeluarkan perintah itu selepas Mohd Nor gagal hadir memberikan keterangan di perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang pada Khamis.

Peguam pempetisyen, Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadap Mohd Nor yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong atas kegagalan tersebut.

Ini sebab Mahkamah keluarkan waran tangkap kepada Exco Terengganu

Amin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pada 14 Mac lalu Hassan telah mengarahkan Mohd Nor untuk hadir ke mahkamah pada Khamis pagi untuk menyambung memberikan keterangan.

“Namun begitu, pada pagi ini (16 Mac), YB Mohd Nor telah gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah. Perbicaraan bagi petisyen Pilihan Raya Parlimen Marang akan disambung pada 19 Mac nanti,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu sebelum ini menolak bantahan awal Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi menolak petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Mahkamah Pilihan Raya telah menetapkan tarikh bagi sambung bicara petisyen ini pada 19 Mac dan dijangka selesai pada 21 Mac.

Baca Lagi:
Suami OKU, isteri berdepan hukuman gantung sampai mati
Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 sebelum Aidilfitri
CATEGORIES