Ini sebab kenapa Zarina Anjoulie dan Khazrul Elzey berbaik semula

Ini sebab kenapa Zarina Anjoulie dan Khazrul Elzey berbaik semula

Ini sebab kenapa Zarina Anjoulie dan Khazrul Elzey berbaik semula. Persengketaan antara pelakon, Zarina Anjoulie, 36, dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, akhirnya menemui titik noktah selepas Khazrul membuat permohonan maaf terbuka semalam.

Zarina berharap ‘perang’ yang berlaku antara mereka tidak akan bersambung lagi selepas ini kerana dia berhasrat hubungan silaturahim sesama mereka kembali jernih.

“Terima kasih Khazrul untuk permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya. Harap kita boleh berdamai selepas ini,” katanya menerusi TikTok.

Ini sebab kenapa Zarina Anjoulie dan Khazrul Elzey berbaik semula

Khazrul turut berkongsi tangkap skrip hantaran Zarina itu menerusi TikTok.

Permohonan maaf itu dibuat Khazrul selepas pelakon terbabit menggesanya untuk tampil memohon maaf kepada keluarganya selain perlu membuat siaran langsung bagi menjernihkan kembali semua dakwaannya yang menimbulkan fitnah.

Ia susulan bekas tunangnya itu mendakwa memiliki gambar bogel Zarina selain memetik kembali kes dadah membabitkan pelakon itu.

Zarina turut menyatakan dia terbuka hati untuk berbaik dengan Khazrul, namun menegaskan ibu bapanya tidak patut terseret sekali dalam konflik mengaibkan itu.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Zarina turut berterima kasih atas kunjungan keluarga Khazrul ke rumahnya.

Katanya dia akan sentiasa menyayangi serta menghormati hubungan kekeluargaan yang sudah dibina.

Ini sebab kenapa Zarina Anjoulie dan Khazrul Elzey berbaik semula

Baca Lagi:
Wanita ini tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi, ini syaratnya
Makin naik kepala, warga Rohingnya jadi ‘tauke’ parkir minta bayaran RM20 setiap kenderaan
Dulu pekerja kilang, kini warga Nepal ini bergelar bos bergaji RM26,000 sebulan
CATEGORIES