Ini sebab kenapa Ustaz Don direhatkan daripada bersiaran di RTM

Photo of author

By Joe

Ini sebab kenapa Ustaz Don direhatkan daripada bersiaran di RTM. Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, telah direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman, melalui ciapan di laman sosial X pada hari ini.

“Untuk meredakan keadaan, saya telah meminta pasukan untuk merestui Ustaz Don dari Salam Baitullah.

Ini sebab kenapa Ustaz Don direhatkan daripada bersiaran di RTM

“Jangan tanya saya tentang apa yang saya fikir atau rasa. Terdiam,” katanya.

Difahamkan, langkah itu dibuat selepas Don Daniyal dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Dalam dakwaan dibuat semasa bersiaran di sebuah stesen radio, Don Daniyal mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.
Meskipun mendapat teguran beberapa tokoh agamawan, pendakwah terbabit bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat sebarang pembetulan.
Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW turut diragui.

Justeru, orang ramai tidak sewenangnya menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar berkenaan Baginda.

Ia mesti didasari dengan suatu asas ataupun dalil yang menyatakan secara khusus perkara sedemikian lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan soal hati dan perasaan seseorang.

Terdahulu, Suhaimi memberitahu tugas Don Daniyal dalam Salam Baitullah adalah sebagai perantara dan bukan penganalisis atau penceramah malah sudah dinasihatkan untuk tidak mengundang kontroversi.

Katanya, pimpinan tertinggi pengarang juga ada di lokasi bagi menentukan semua perantara mengikut skrip.

Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun sehingga 17 Jun.

Baca Lagi:
“Kuat terpengaruh filem”- Pramugari kantoi seludup emas dalam dubur hampir 1KG
Jual nasi lemak RM1 boleh gajikan 10 orang pekerja, ini rahsianya
10 tahun tunggu zuriat, lelaki umur 80 tahun syukur akhirnya bergelar ayah