Ini sebab kenapa TM jual saham Menara KL

Ini sebab kenapa TM jual saham Menara KL

Ini sebab kenapa TM jual saham Menara KL. Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi.

Dalam satu kenyataan, syarikat berkaitan kerajaan itu juga menafikan dakwaan bahawa rancangan berkenaan dibuat secara senyap-senyap.

Menurut TM, perubahan dalam pegangan saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, yang merupakan syarikat yang menguruskan Menara KL, telah dimaklumkan kepada Bursa Malaysia melalui pengumuman kewangan TM pada suku ketiga 2022.

Ini sebab kenapa TM jual saham Menara KL

“Sebagai sebahagian daripada program transformasi perniagaannya, TM menumpukan usaha dan sumbernya untuk mengukuhkan perniagaan terasnya telekomunikasi dan teknologi.

“Selepas pertimbangan sewajarnya terhadap perubahan sifat perniagaan Menara KL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM memutuskan pada Oktober 2021 untuk tidak memperbaharui konsesi MKL dan telah memaklumkan kerajaan dengan sewajarnya,” kata syarikat itu.

Kenyataan TM dibuat beberapa hari susulan keputusannya untuk menjual keseluruhan bahagiannya sebanyak 10,000,000 unit dalam Menara KL Sdn Bhd menjadi isu, dengan netizen mempersoalkan langkah itu kerana perniagaan pengurusan menara dilaporkan menjana pendapatan tetap dan pembelinya bukanlah syarikat yang terkenal.

Menurut gergasi telekomunikasi itu, menara KL dimiliki oleh kerajaan manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu diletakkan di di bawah konsesi.

Oleh itu, berikutan keputusan TM untuk meninggalkan konsesi, proses untuk memilih syarikat konsesi baru telah dibuat oleh kerajaan, “yang TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik itu untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi MKL.”

“MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan kesinambungan operasi MKL untuk orang awam Malaysia, termasuk pelawat antarabangsa,” katanya.

Baca Lagi:
Influencer buat ‘food review’, netizen minta senaraikan list makanan sebab tengok google banyak yang ada ‘pork’
Senarai selebriti ‘jodoh yang tak panjang’ pada tahun 2022
Kecoh monyet bawa lari duit RM5000
CATEGORIES