Ini sebab kenapa rakyat Amerika enggan bersara, patutlah dah tua bangka masih bekerja lagi

Photo of author

By Joe

Ini sebab kenapa rakyat Amerika enggan bersara, patutlah dah tua bangka masih bekerja lagi. Satu kaji selidik mendapati bahawa seorang daripada lima rakyat Amerika Syarikat (AS) berpendapat bahawa mereka tidak akan bersara, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

AS mempunyai lebih 334 juta penduduk.

Kira-kira 20 peratus orang dewasa di AS khuatir tidak dapat bersara dengan 70 peratus daripada jumlah tersebut berkata, mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.

Ini sebab kenapa rakyat Amerika enggan bersara, patutlah dah tua bangka masih bekerja lagi

Kaji selidik oleh laman berita Axios bersama kumpulan penyelidikan Ipsos itu menampilkan soalan berkaitan persaraan kepada 1,238 responden dewasa dengan 210 daripada mereka berusia lebih 55 tahun.

Hampir separuh daripada responden di bawah umur 55 tahun atau sekitar 44 peratus pula berkata, mereka terpaksa menukar pelan persaraan kerana faktor kewangan.

Hanya 36 peratus daripada responden yang berusia lebih 55 tahun berpendapat bahawa mereka boleh bersara apabila membuat perancangan.

Ramai orang tidak percaya bahawa Sistem Keselamatan Sosial di AS akan dapat menampung perbelanjaan dan bil mereka selepas bersara.

Seramai 37 peratus responden yang memilih untuk tidak bersara berkata, Sistem Keselamatan Sosial hanya dapat menampung kurang satu perempat daripada perbelanjaan selepas mereka bersara.

Dalam pada itu, 54 peratus pesara menyatakan, mereka kini menggunakan wang pencen untuk menanggung kehidupan mereka.

Maklum balas responden dalam kaji selidik itu sejajar dengan pelbagai laporan bahawa rakyat AS tidak menyimpan wang yang cukup untuk menampung kehidupan selepas bersara.

Baca Lagi:
Sebelum ini pemenang dapat hadiah kereta, ramai persoal kenapa Bell Ngasri tak dapat hadiah kereta, ini penjelasan penaja ABPBH 35
Macam mana nak buat kalau isteri tak pandai bergaya, duduk rumah pakai kain batik je, isteri orang lain pakai baju lawa-lawa
Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan ‘humble’ yang ramai tak tahu kisahnya