Ini sebab kenapa kereta elektrik tak boleh cas sambil memandu

Photo of author

By Joe

Ini sebab kenapa kereta elektrik tak boleh cas sambil memandu. Sebut tentang kenderaan elektrik atau Electric Vehicle (EV), yang telah diperkenalkan ke dalam pasaran automobil di dalam negara mahupun secara global.

Salah satu tujuan pengenalan kenderaan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap petrol dan pada masa yang sama mengurangkan kesan rumah hijau.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan berkaitan dengan kenderaan ini di mana ia perlu diisi semula baterinya untuk dapat bergerak semula.

Ini sebab kenapa kereta elektrik tak boleh cas sambil memandu

Perkara ini jelas memerlukan lebih banyak masa untuk menghidupkan semula kereta.

Oleh itu, beberapa orang bertanya-tanya mengapa tidak menggunakan dinamo sebagai satu alternatif untuk mengecas bateri elektrik semasa memandu?

Menurut Dr. Aid Fawzal, seorang pemegang PhD dalam bidang Automotif, beliau mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu ini.

“Tidak mungkin untuk kereta EV menggunakan dinamo untuk mengecas bateri semasa bergerak. Mengapa tidak? Kerana ia tidak memberi faedah yang signifikan.

“Contohnya, bayangkan berlari sambil minum air atau makan. Kita boleh berlari ke mana-mana tetapi minuman atau makanan akan jatuh. Konsep ini sama dengan menggunakan tenaga untuk bergerak dalam EV.

“Tenaga elektrik digunakan untuk menggerakkan tayar secara mekanikal. Jika kita cuba untuk mengecas semula bateri dengan menggunakan dinamo yang dipasang pada tayar, ia sebenarnya akan menambah beban kereta.

“Kerana tenaga elektrik yang sepatutnya digunakan untuk memutar tayar sekarang digunakan untuk memutar dinamo tambahan,” jelasnya di platform X.

Tambah Dr. Aid, dalam bidang kejuruteraan, elemen ini dikenali sebagai kehilangan tenaga parasit atau ‘parasitic losses’.

“Pada setiap perubahan bentuk tenaga, terdapat kehilangan lain yang berlaku. Gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana tenaga elektrik pada motor mengalami kehilangan dalam pelbagai faktor sebelum dapat diubah menjadi tenaga mekanikal untuk memutarkan tayar.”

Ini sebab kenapa kereta elektrik tak boleh cas sambil memandu

“Dah kalau tayar bergolek dan kemudiannya nak pusingkan dinamo atau generator pula, boleh tengok gambar ni berapa banyak ketirisan (losses) tenaga akan berlaku.

Ini sebab kenapa kereta elektrik tak boleh cas sambil memandu

Untuk mudah difahami, bayangkan jika tenaga elektrik adalah 100 peratus. Selepas mengurangkan 8 peratus ketirisan stator, 9 peratus ketirisan rotor, dan 4 peratus ketirisan mekanikal, kita akan mendapat 79 peratus tenaga mekanikal yang digunakan untuk menggerakkan kereta.

“Katakanlah hanya 50 peratus digunakan untuk menggerakkan kereta. Baki 29 peratus boleh digunakan untuk memutar dinamo atau generator itu.

“29 peratus, tolak 4 peratus ketirisan mekanikal, tolak 8 peratus ketirisan tengah, tolak 7 peratus ketirisan kuprum, tolak 3 peratus lain-lain. Akhirnya, hanya 7 peratus tenaga yang dapat dikembalikan kepada tenaga elektrik. Berbaloi ke?” jelasnya lagi.

Ini sebab kenapa kereta elektrik tak boleh cas sambil memandu

Sehubungan dengan itu, Dr Aid menyatakan bahawa regenerative braking merupakan solusi bagi perkara ini. Caranya adalah motor elektrik pada EV bertindak sebagai generator apabila kita cuba memperlambatkan kereta.

Dengan ini, tenaga kinetik daripada kereta yang bergerak dapat diubah menjadi tenaga elektrik.

Baca Lagi:
PDRM guna kereta Proton S70 sebagai kenderaan rasmi buat ramai rasa bangga
“Betul wujud ke?”- Wanita berjaya rakam makhluk mirip anak Bigfoot tengah hendap rusa
7 jenis pendapatan yang ramai tak tahu dalam dunia kewangan