Ini penjelasan kenapa 3 pemain pakai topeng di Piala Dunia

Ini penjelasan kenapa 3 pemain pakai topeng di Piala Dunia

Ini penjelasan kenapa 3 pemain pakai topeng di Piala Dunia. Kehangatan Piala Dunia Qatar 2022 kini semakin dirasai, kesemua pasukan yang bertanding sudah membuat penampilan dengan pelbagai aksi menarik dapat disaksikan.

Ketika ini, Piala Dunia yang diadakan setiap empat tahun itu sudah memasuki pusingan suku akhir.

Setakat ini, Piala Dunia di Qatar menampilkan aksi yang sangat menarik di atas padang, salah satunya ialah penampilan beberapa orang pemain yang memakai topeng ketika dalam perlawanan mereka.

Apa yang pasti, pemain-pemain berkenaan memakai topeng bukanlah disebabkan kerana gaya semata-mata, tetapi untuk melindungi wajah daripada tercedera.

Namun, siapakah pemain yang memakai topeng ketika bertanding di Piala Dunia 2022? Berikut adalah nama-namanya.

Ini penjelasan kenapa 3 pemain pakai topeng di Piala Dunia

Son Heung-min

Ini penjelasan kenapa 3 pemain pakai topeng di Piala Dunia

Son Heung-min cedera selepas bertembung dengan pemain Marseille, Chancel Mbemba ketika dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada 2 November.

Kejadian tersebut menyebabkan Son mengalami keretakan di sekitar mata kirinya. Akibatnya, pemain berusia 30 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan bagi memulihkan kecederaannya.

Kecederaannya itu menyebabkan Son hampir tidak dapat mewakili Korea Selatan ke Piala Dunia 2022. Namun, Son akhirnya dapat beraksi dengan memakai topeng.

Josko Gvardiol

Ini penjelasan kenapa 3 pemain pakai topeng di Piala Dunia

Josko Gvardiol tampil dengan imej berbeza apabila memakai topeng di dalam setiap perlawanan skuad kebangsaan Croatia.

Pemain kelab RB Leipzig itu dikatakan memakai topeng kerana baru sahaja pulih daripada cedera patah tulang hidung.

Gvardiol mengalami kecederaan ini ketika sedang beraksi di Bundesliga. Pada ketika itu, dia bertembung dengan rakan sepasukannya sendiri ketika cuba menyelamatkan bola.

Ellyes Skhiri

Ellyes Skhiri merupakan pemain pasukan kebangsaan Tunisia. Pemain yang bermain dalam posisi pemain tengah ini mempunyai 52 caps sejak 23 Mac 2018.

Difahamkan Skhiri mengalami patah tulang pipi pada Oktober lalu. Bagaimanapun, itu tidak menghalangnya daripada menyertai Piala Dunia 2022 dengan memakai topeng.

Skhiri bermain tiga perlawanan untuk pasukan Tunisia ketika di Qatar. Malangnya, pasukan tersebut tersingkir selepas tewas menentang Perancis 1-0 sekali gus tidak layak ke pusingan 16.

Baca Lagi:
Lelaki terpaling jujur, duit RM225 bilion tiba-tiba masuk akaun bank
Ugut sebar gambar lucah bekas kekasih, ikon permotoran terkenal ditahan polis
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES