Ini cara semak wang tak dituntut di bawah nama anda

Ini cara semak wang tak dituntut di bawah nama anda

Ini cara semak wang tak dituntut di bawah nama anda. Mengenai Wang Tak Dituntut (WTD)

  • WTD merujuk kepada sejumlah wang milik individu atau syarikat yang tidak dituntut dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut sehingga 31 Oktober 2019.
  • eGumis merupakan portal yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi memudahkan pengguna membuat semakan atas talian.

Cara Semakan eGumis

Ini cara semak wang tak dituntut di bawah nama anda

1. Layari Portal eGumis: https://egumis.anm.gov.my/
2. Buat pendaftaran pengguna secara atas talian
3. Log masuk portal dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah diberikan
4. Kemaskini maklumat pengguna
5. Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui pengenalan diri
6. Sekiranya ada, cetak maklumat WTD tersebut

Dokumen yang Diperlukan untuk Semakan Wang Tak Dituntut

1, Borang UMA-7 – Perlu diisi dan ditandatangani secara lengkap
2. Salinan Kad Pengenalan – Diperlukan sebagai pengesahan identiti pemohon
3. Cetakan carian WTD – Lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon
4. Dokumen asal – Diperlukan sebagai bukti pemilikan
5. Surat pengesahan – Diperlukan jika dokumen asal tidak ada
6. Salinan muka hadapan – Buku akaun bank atau penyata yang lengkap
7. Sekurang-kurangnya dua daripada tiga dokumen berikut:
8. Borang pembelian asal – Bank cheque
9. Banker cheque asal
10. Surat pengesahan – Bank penyerah WTD

Tuntutan WTD Bagi Penama Meninggal Dunia

  • Waris atau pentadbir boleh membuat tuntutan WTD jika penama telah meninggal dunia.
  • Dokumen yang diperlukan termasuk Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7, salinan kad pengenalan waris atau pentadbir, muka hadapan buku akaun atau penyata bank, sijil kematian, surat kuasa mentadbir harta pusaka, dan dokumen asal atau surat pengesahan jika berkenaan.
  • Akaun Tabung Haji, akaun pelaburan, dan akaun pinjaman tidak dibenarkan untuk digunakan dalam tuntutan WTD.
Baca Lagi:
Sistem bayaran tol tanpa palang dilaksana dalam masa terdekat, ini kelebihannya berbanding Touch ‘n Go
Warga emas 70 tahun mati ketika langgan pekerja seks
9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut
CATEGORIES