Ini cara mudah semak nombor telefon yang tidak dikenali

vocket tech whoscall miss baru 1 e1655284106118

Ini cara mudah semak nombor telefon yang tidak dikenali.

Pasti anda pernah menghadapi situasi menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali? Perkara yang biasa kita lakukan ialah dengan membiarkan sahaja atau block nombor tersebut daripada nombor yang tidak dikenali. Anda mungkin ingin mengetahui cara untuk semak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali tersebut.

Memetik daripada laman Harian Metro, dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun ini melalui rekod Jambatan Siasatan Jenayah Komersial menunjukkan lebih 5,000 kes penipuan dalam talian dilaporkan seluruh negara dari Macau Scam, Love scam, kad kredit, penyamaran dan sebagainya.

Hal ini membimbangkan kerana mungkin kenalan atau kita sendiri akan menjadi mangsa pada masa kelak jika tidak mengambil langkah berjaga dari sekarang. Ironinya, semua lapisan umur mahupun profesion boleh terkena dengan tipu helah scammer. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk belajar cara untuk menyemak pemilik nombor telefon.

Cara semak pemilik nombor telefon

Ini cara mudah semak nombor telefon yang tidak dikenali

Walaupun anda boleh membiarkan deringan telefon terus berbunyi untuk seketika, anda pasti akan tidak teragak-agak untuk mengangkatnya apabila sudah beberapa kali berbunyi. Kini anda boleh buat semakan asal usual nombor telefon yang cuba hubungi anda melalui aplikasi dan laman web.

1. Muat turun Truecaller

Ini cara mudah semak nombor telefon yang tidak dikenali

Pertama sekali, Truecaller ialah sebuah laman web dan aplikasi yang sering digunakan untuk mengesan nombor yang tidak dikenali. Ia sangat mudah untuk digunakan malah ia boleh didapati secara percuma dengan melayari laman web Truecaller atau muat turun aplikasi di Google Play Store dan App Store.

Jika anda ingin menggunakan servis Truecaller melalui laman web rasmi, anda hanya perlu log masuk dengan menggunakan akaun Gmail peribadi tetapi anda hanya dibenarkan guna sebanyak 5 pencarian sahaja dan dicadangkan untuk muat turun aplikasi untuk kegunaan selanjutnya.

Truecaller telah terbukti menjadi pilihan di serata dunia dengan sejumlah 250 juta pengguna. Tambahan pula, Truecaller mengumpul data dari telefon pintar di seluruh dunia dan diurus ke pangkalan data untuk diakses oleh pengguna aplikasi ini.

Cara menggunakan Trucaller

-Must turun aplikasi Truecaller.
-Buka dan pilih Start.
-Tekan Register dan masukkan nombor telefon pintar anda.
-Tunggu kod pengesahan melalui SMS.
-Masukkan nombor pengesahan dan anda boleh gunakannya.
-Klik pada bahagian Search untuk mencari informasi pemanggil.

2. Pasang Whocalls

 

Ini cara mudah semak nombor telefon yang tidak dikenali

Aplikasi Whocalls ini telah dibangunkan oleh sebuah syarikat pembangun aplikasi Taiwan yang bernama Gogolook. Aplikasi ini turut membolehkan pengguna mengenal pasti nombor yang tidak dikenali serta mampu menyekat nombor tersebut.

Malahan, anda boleh mengesan pemilik nombor tanpa sebarang sambungan internet kerana pangkalan data boleh dimuat turun terus ke telefon pintar anda. Aplikasi ini telah mendapat pelbagai pengiktrafan serta kolabarasi bersama jenama-jenama gergasi industri untuk meningkatkan sekuriti berkaitan komunikasi.

Syarikat ini merupakan nombor 1 di dalam industri dengan kapasiti pangkalan data terbesar di Asia Timur dan lebih 1.6 billion nombor telefon entri yang telah disimpan. Tambahan pula, syarikat ini berjaya menyekat lebih dari 3 billion panggilan spam.

Hal ini dapat dicapai dengan kemampuan AI dan saintis infomasi berjaya menganalisis data yang banyak dengan prosedur yang optimal bagi membina persekitaran komunikasi yang selamat. Kini anda boleh dapatkan aplikasi Whoscall di Google Play Store dan App Store.

Cara menggunakan Whoscall

-Buka aplikasi Whoscall.
-Pilih kod negara Malaysia +60.
-Masukkan nombor yang ingin disemak.
-Klik butang Search.
-Maklumat pemilik nombor telefon akan dipaparkan.

3. Lawati laman web Whosenumberinfo

Ini cara mudah semak nombor telefon yang tidak dikenali

Seterusnya, Whosenumberinfo merupakan laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk mengesan nombor telefon. Melalui laman web ini anda boleh melihat menyemak setiap nombor telefon yang mencurigakan daripada aduan pengguna sendiri.

Pangkalan data akan sentiasa dikemas kini bagi memberikan carian dengan informarsi yang terkini. Nombor yang berisiko akan dipaparkan beserta laporan oleh pengguna pada halaman utama bagi memudahkan pengguna lihat. Malahan, nombor Telefon tidak terhad di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Hal ini akan memberikan kesedaran kepada pengguna untuk berhati-hati dengan nombor yang dihubungi. Anda turut boleh memberi laporan dengan menghantar infomarsi mengenai nombor yang berkaitan di borang yang disediakan. Anda boleh lawati ke laman web rasmi Whosenumberinfo untuk membuat carian.

Cara menggunakan Whosenumberinfo

-Pergi ke pautan Whosenumberinfo.
-Masukkan nombor yang ingin dicari dan klik ikon Search.
-Senarai maklumat asal usul nombor akan dipaparkan.

4. Guna Showcaller

Ini cara mudah semak nombor telefon yang tidak dikenali

Selain itu, anda turut boleh mencuba aplikasi Showcaller yang menawarkan pelbagai fungsi bagi mengesan nombor yang tidak dikenali. Tambahan pula, aplikasi ini menyediakan antara muka yang mudah untuk difahami. Anda boleh terus membuat carian nombor yang tidak dikenali serta menyekat nombor yang dicurigai.

Di samping itu, anda turut merakam panggilan yang masuk atau keluar bagi rujukan dan dijadikan sebagai bukti pada masa kelak. Anda boleh dapatkan aplikasi Showcaller di Google Play Store dan App Store secara percuma.

Cara untuk menggunakan Showcaller

-Muat turun aplikasi Showcaller.
-Buka aplikasi tersebuat dan anda boleh pilih bahasa yang ingin digunakan pada bahagian atas.
-Tekan Get Started.
-Pilih tetapan Showcaller sebagai Set as default.
-Anda perlu beri kebenaran untuk aplikasi ini urus senarai kenalan dan log telefon.
-Lalu, tekan Agree & Continue.
-Klik Go To Settings untuk beri kebenaran Live Caller ID.
-Anda boleh terus pakai dan buat carian.

5. Carian di Semak Mule PDRM

Ini cara mudah semak nombor telefon yang tidak dikenali

Aplikasi ini telah dibangunkan oleh pihak PDRM sendiri bagi memudahkan pengguna untuk membuat sebarang semakan berkaitan dengan nombor telefon yang tidak dikenali serta nombor akaun yang meragukan. Pengguna boleh mengakses tanpa was-was kerana pangkalan data ini telah disalurkan oleh pihak autoriti.

Pada masa ini, aplikasi ini hanya terhad untuk pengguna Android sahaja. Anda boleh dapatkan di Google Play Store.

Cara menggunakan Semak Mule PDRM

-Muat turun aplikasi Semak Mule PDRM dan pasang di telefon anda.
-Buka dan lihat paparan antara muka utama yang tersedia dengan dua kategori iaitu Akaun Bank Penipu dan Nombor Telefon Penipu untuk membuat carian.
-Pilih mana-mana kategori lalu masukkan nombor yang ingin disemak. Pastikan nombor tersebut dirapatkan tanpa sebarang karakter lain.
-Tekan butang Semak dan hasil carian akan dipaparkan .

Pada masa kini, kita kena lebih berwaspada dengan kemajuan teknologi yang membolehkan individu yang berniat jahat untuk memanipulasi anda. Semoga cara menyemak ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengesan sebarang cubaan untuk menipu.

Baca Lagi:

Lubuk emas di Malaysia, penduduk kampung ada yang dapat sampai 7KG emas

Rakyat India makin ganas hina Nabi, sebar karikatur menghina

Pulang dari kursus, pegawai polis maut digilis lori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *