Ini cara mudah nak tahu telur segar atau tembelang yang ramai tak tahu. Kekurangan stok telur dalam pasaran telah menyebabkan ramai yang gemar membelinya secara borong.
Namun, telur mempunyai jangka hayat yang sangat singkat dan mudah rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.
Jika anda adalah antara yang gemar menyimpan stok telur di rumah, cubalah kaedah rendaman seperti yang dikongsikan oleh @emilyxlevi di laman Instagram bagi mengetahui tahap kesegaran bahan tersebut.
- Telur yang sudah lama dan busuk kebiasaannya akan terapung di permukaan air dengan kulitnya dipenuhi bintik-bintik hitam.
- Telur yang kurang segar akan tenggelam tetapi kelihatan ‘berdiri’ di dalam air. Usia telur mungkin sudah melebihi tiga minggu, tetapi masih boleh dimakan.
- Telur yang segar akan tenggelam dan rata di dasar air, selain kelihatan berat. Keadaan tersebut disebabkan oleh kadar ruang udara di dalam telur segar yang masih kecil. Jika ruang udaranya semakin besar, maka telur tersebut telah kehilangan kandungan air di dalamnya.
Ini berlaku kerana jumlah udara di dalam telur yang segar masih sedikit.
Apabila kandungan udara bertambah, ini menandakan bahawa telur itu telah hilang sebahagian daripada kandungan airnya.
Bagi memastikan telur boleh digunakan dalam jangka masa lama, anda digalakkan menyimpannya di dalam peti sejuk.