Ini cara mudah nak suruh orang yang lupa buka lampu kereta atas jalan. Min yakin biasanya jika kita ternampak seseorang terlupa membuka lampu semasa memandu, kita akan bunyikan hon, gunakan highbeam, dan jika boleh, cuba mengejar serta memberi isyarat kepada pemandu tersebut.
Bagaimanapun, kadangkala cara tersebut sebenarnya hanya menyusahkan diri kita dan boleh menjadi bahaya, malah pemandu tersebut mungkin akan merasa terancam. Jadi, kita boleh menggunakan tips yang diberikan oleh individu ini.
Dalam video berdurasi 41 saat itu, individu ini dilihat membiarkan pemandu tersebut memotong keretanya terlebih dahulu sebelum memberi ‘teguran’ kepadanya.
Lelaki ini menunjukkan caranya dengan memberikan lampu besar (highbeam) beberapa kali sebelum mematikan lampu selama 2 hingga 3 saat dan kemudian membuka semula. Jika pemandu tersebut masih tidak perasan, boleh ulangi langkah ini sehingga pemandu tersebut membuka lampunya.
Tips yang dilakukan ini telah menarik perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi. Ada yang menganggapnya sebagai panduan berguna, manakala ada juga yang pernah melakukan perkara yang sama tetapi mendapat respon yang berbeza daripada pemandu tersebut.
Perasan tak kadang-kadang kita ternampak drivers lupa nak pasang lampu pada waktu malam ?
jum belajar cara untuk tegur driver pasangkan lampu.
bagus content macam ni, demi keselamatan pengguna jalan raya semua 👏🏻 pic.twitter.com/TUXoMx8AmE
— ًِ (@bckupacc99) September 10, 2024
Tapi tips yang dia bagi ni sangatlah berguna, boleh kita pakai suatu hari nanti.