Ini cara mudah nak bersihkan bantal kekuningan dan ada ‘peta dunia’

Photo of author

By Joe

Ini cara mudah nak bersihkan bantal kekuningan dan ada ‘peta dunia’. Bantal yang berbau hapak, berkepam, bertukar kekuningan, dan kadang-kadang berkulat dengan ‘peta’ air liur memang menimbulkan rasa jijik.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Amerisleep, sebuah syarikat tilam dan peralatan tidur berpangkalan di Arizona, sarung bantal yang tidak dicuci walaupun hanya digunakan seminggu boleh mengandungi sehingga 17 kali lebih banyak bakteria berbanding tempat duduk tandas, iaitu dengan sehingga tiga juta unit pembentuk koloni (CFU) setiap inci persegi.

Oleh itu, membersihkan bantal adalah penting kerana ia mengumpul sel kulit mati, minyak, dan peluh dari badan ketika kita tidur.

Ini cara mudah nak bersihkan bantal kekuningan dan ada 'peta dunia'

Namun, tidak semua bantal boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin basuh, terutama yang menggunakan bahan halus atau mempunyai tampalan khas, dan seringkali mesin basuh tidak dapat menghilangkan bau dan noda kekuningan sepenuhnya.

Menurut pakar pembersihan dan pemilik Mary’s Kitchen Flour Sack Towels, Allen Civlak, terdapat cara mudah, berkesan, dan lebih murah untuk membersihkan bantal, iaitu hanya menggunakan bahan yang terdapat di pasar raya tanpa perlu mencuci dengan kuat.
Penyelesaian pembersihan ini melibatkan hanya dua bahan, iaitu soda penaik (baking soda) dan cuka putih.

Untuk membersihkannya, langkah pertama adalah menanggalkan sarung bantal dan menyapukan soda penaik secara meluas ke bahagian yang berwarna kekuningan.

Langkah seterusnya adalah menyemprotkan campuran soda penaik yang dicampur dengan larutan cuka.

Untuk membuat larutan ini, campurkan air dan cuka putih dalam bahagian yang sama dalam botol semburan.

Tindak balas antara baking soda dan cuka membantu menghilangkan bau dan menyingkirkan kotoran.

Biarkan bantal yang telah disemprot dengan soda penaik dan cuka itu selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Langkah ini membolehkan bahan-bahan tersebut meresap dan membersihkan bantal, serta menyegarkannya.

Selepas itu, gunakan berus untuk mengeluarkan soda penaik. Pastikan kedua-dua bahagian bantal dibersihkan sepenuhnya.

Kemudian, jemur bantal di bawah sinaran matahari terik untuk mengeringkannya.

Cahaya matahari mempunyai sifat semulajadi yang dapat membantu membunuh kuman dan menghilangkan bau yang terperangkap.

Biarkan bantal mengering selama beberapa jam di bawah matahari sebelum menyusun semula sarung bantal. Ini akan menjadikan bantal lebih wangi, segar, dan warna kekuningan akan hilang.

Baca Lagi:
Ibu bapa tak ada hati perut, sanggup biarkan anak umur 13 tahun tidur tepi koridor dan berak di tangga flat
Papagomo dicekup polis selepas keluar mahkamah
Tular kedai letak papan tanda amaran ‘perokok akan ditembak, jika masih hidup akan ditembak lagi’ raih perhatian netizen