Kesan terhadap kanak-kanak jika terlalu lama terdedah kepada gajet yang perlu ibubapa ambil perhatian!

addiction individual 1

Kesan terhadap kanak-kanak jika terlalu lama terddah kepada gajet yang perlu ibubapa ambil perhatian!

Ramai yang telah mengetahui, hubungan anak dan gajet bukannya tidak boleh langsung dibiarkan kerana ada juga manfaatnya. Namun, tempoh yang diluangkan oleh mereka menghadap skrin perlu dikawal oleh ibu-bapa kerana terdapat kesan sampingannya.

Malah, kanak-kanak perlu dibiarkan bergerak dengan melakukan pelbagai aktiviti dan jangan dibiarkan mereka tiada pergerakan seperti patung dalam tempoh yang lama.

Menurut puan Wawa Shauqi, apabila tenaga dalam badan kanak-kanak tidak dilepaskan ia boleh membuatkan anak berada dalam keadaan resah dan suka mengamuk. Mari ikuti penulisan penuh manfaat daripada beliau di bawah ini.

photo6192548482791876867

Dulu saya berbangga rumah kemas walaupun anak kecik-kecik lagi. Anak duduk diam je depan TV. Sampailah saya dapat tau betapa bahaya kesannya.

Kenapa?

Rupanya, smart phone dan TV ada complete package yang menjahanamkan kemahiran fokus anak.

Bunyian yang meriah, visual yang laju, warna menyerlah. Itu dah cukup membuatkan 2 deria paling penting dalam proses fokus terganggu.

Malah, disebabkan terlalu lama tak bergerak kerana mengadap skrin, ramai anak-anak zaman sekarang kurang cekap dan tak kuat otot badannya.

Ini pun antara punca utama anak-anak cepat penat berlama-lama duduk di kerusi. Yang teruk terima kesannya nanti adalah cikgu-cikgu. Bukan main susah nak anak-anak kita ni nak tumpu dalam kelas.

TENAGA KANAK-KANAK JIKA TIDAK DILEPASKAN…

Kita tak boleh tidakkan satu perkara ni.

Kanak-kanak ni, badan mereka menghasilkan tenaga yang banyak. Nak-nak pula yang banyak makan makanan manis. Berkumpul-kumpul tenaga. Bila tak guna, habis jadi lemak.

Bagi sesetengah kanak-kanak, tenaga yang tak dilepaskan tu akan buat mereka jadi resah. Tak keruan. Bila tak tau nak ekspresikan rasa tak keruan tu, mulalah mengamuk tak tentu pasal. Kita juga yang pening nanti.

MASA ANAK UNTUK SKRIN PERLU DIKAWAL

Ya, smart phone dan TV sangat membantu. Tanpa ‘mereka’ kerja kita mungkin akan terganggu. Tapi, jangan kerana kita nak senang pada hari ini, kita akan menangis di kemudian hari.

Bukan tak boleh skrin tu. Boleh. Anak saya pun ada screen time juga. Tapi kita perlu hadkan.

Luaran mungkin tak ada apa-apa. Tapi, kalau dapat diimbas otak anak-anak, kita jugak yang akan seram nanti.

Dr Rizal, pakar otak selalu menulis. Anak yang terlalu banyak tengok tv, bila diimbas otaknya, aktiviti otak tidak berfungsi. Macam otak mati.

Berbeza dengan anak yang ada stimulasi dari pelbagai aktiviti. Aktiviti otak mereka sangat aktif. Otak berkembang sangat pesat!

KESAN PSIKOLOGI TERHADAP KANAK-KANAK TERDEDAH DENGAN GADJET TERLALU LAMA!

2019 12 combat anxiety tcm7 265513

Kajian secara psikologi juga ada membuktikan, gajet yang terlampau banyak boleh buat kita mudah dapat penyakit mental. Seperti depresi dan anxiety. Sebab tak berlaku komunikasi dua hala dan kontak mata dengan manusia.

Saya bukan nak menakutkan semua. Tapi saya nak kita untuk tak terleka. Perlu jadi proaktif demi anak-anak kita.

Dulu saya pun pening. ‘Habis tu, kalau tak tengok TV, tak tengok fon, anak nak buat apa?’

GALAKKAN ANAK BANTU BUAT AKTIVITI MUDAH!
Rupanya, tak susah fikirkan aktiviti. Hanya sibukkan anak dengan perkara lain.

-Beri mereka bantu buat kerja rumah.
-Letakkan sekotak mainan untuk mereka explore.
-Sediakan barangan kraf untuk mereka berkreatif (dan menyepah).
-Ajak mereka masak bersama.
-Membelek buku.
-Melasak dengan aktiviti aktif.
-Do a lot of outdoor activities (buat banyak aktiviti di luar rumah).

ANTARA AKTIVITI BERSAMA ANAK DI RUMAH BOLEH DIMANFAATKAN

Ini saya kongsikan antara aktiviti yang saya lakukan dengan anak-anak bila mereka tak guna gajet.

1 1536x1536 1

Main water color. Stok watercolor ni memang kena restok selalu. Dan kena ada rules supaya parents boleh handle ‘kesudahan yang bakal terjadi’.

2 1536x1536 1

Tepung pun benda wajib ada. Sangat bagus untuk sensori. Memang nampak macam membazir bahan makan. Tapi, kalau anak dapat stimulasi sensori yang sangat dia perlukan takkan dikira membazir juga, ye tak?

Kalau terasa membazir juga, try la create masakan berasaskan tepung yang anak boleh join sekali. Cuma, redho lah kalau sakit perut haha.

3 1536x1536 1

Dah besar sikit, wajiblah bantu mama memasak di dapur. Memang berkecah. Tapi demi anak berakal dan cekap, saya redho kan jua.

Dapur kecah boleh dikemas. Anak tak berkembang, lagi panjang ceritanya nanti.

4 1536x1536 1

Dulu, sangat rajin buat eksperimen sains macam ni.

6 1536x1536 1

Anak saya suka buku komik. Buku latihan otak yang anak saya buat tu pun menarik.

7 1536x1536 1

Lelaki atau perempuan, latih mereka jadi aktif demi tubuh badan yang sihat dan cekap.

8 1536x1536 1

Buat aktiviti outdoor. Pijak rumput, dapatkan cahaya matahari . Bukan saja bagus untuk badan. Tapi juga dapatkan vitamin yang diperlukan untuk mental yang sihat.

TV rumah saya mungkin tak canggih dan tiada siaran. Tapi sedikit pun saya tak menyesal. Sebab anak-anak akan mencari aktiviti lain untuk hiburkan diri sendiri.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Banyak saja aktiviti yang boleh dicipta tanpa mengeluarkan kos yang tinggi, di rumah saja sudah ada macam-macam benda. Hanya perlu DIY sahaja.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Marilah menjadi ibu bapa yang sentiasa dahagakan ilmu keibubapaan untuk merubah jadi lebih baik demi kebaikan sebuah organisasi kekeluargaan tercinta.

Semoga perkongsian ini, bermanfaat kepada semua.

Sumber

Baca Lagi:

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

Demi cinta, artis terkenal cium ketiak teman kekasih depan orang ramai

Kes dadah : Selebriti sensasi mengaku bersalah bawa dadah didenda RM4,000

Leave a Reply

Your email address will not be published.