Ini 5 negara di dunia paling banyak cuti umum, Nepal tempat pertama. Cuti umum adalah waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh semua, khususnya golongan pekerja.
Selain cuti rehat pada hujung minggu, cuti umum juga menjadi peluang terbaik bagi para pekerja untuk berehat sejenak daripada kesibukan dan tugas harian.
Jumlah cuti umum yang banyak menjadi kelebihan bagi sesebuah negara, kerana penduduknya dapat memanfaatkan peluang ini untuk bercuti bersama keluarga tanpa perlu memohon cuti tahunan.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum yang merayakan pelbagai perayaan, Malaysia berada di kedudukan kelapan dalam senarai negara dengan jumlah cuti umum paling banyak.
Terdapat lima negara di dunia yang memiliki cuti umum terbanyak. Panorama berkongsi senarai lima negara tersebut seperti dilaporkan oleh portal bestdiplomats.org.
1. Nepal (39 hari)
Nepal menduduki tempat pertama dalam senarai negara dengan jumlah cuti umum paling banyak di dunia, iaitu sebanyak 39 hari setahun.
Apa yang menjadikan Nepal sebagai negara dengan jumlah cuti umum terbanyak adalah kerana majoriti penduduknya beragama Hindu dan Buddha, yang menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun.
Antara cuti umum yang dirai negara itu termasuk Maghe Sankranti, yang merupakan perayaan tahun baharu bagi kaum Tharu, Diwali, serta Udhauli yang diraikan oleh suku kaum Sunuwar, Limbu, Yakkha, dan Khambu Rai.
2. Myanmar (32 hari)
Myanmar adalah negara kedua dengan jumlah cuti umum paling banyak, iaitu 32 hari setahun.
Salah satu cuti paling penting di Myanmar adalah Festival Air Thingyan, yang menandakan tahun baharu tradisional di negara itu. Perayaan empat hari ini adalah masa untuk orang ramai berkumpul, menyucikan dosa, dan menyambut tahun baharu dengan perlawanan air, muzik, dan tarian.
Cuti penting lain di Myanmar adalah Hari Kemerdekaan, yang disambut pada 4 Januari setiap tahun untuk memperingati kemerdekaan negara tersebut daripada penjajahan Britain sejak 1948.
3. Iran (26 hari)
Iran menduduki tangga ketiga dengan jumlah cuti umum paling banyak, iaitu 26 hari setahun.
Hari cuti umum yang paling signifikan di negara yang terletak di Asia Barat ini adalah Awal Muharram, atau tahun baharu dalam kalendar Islam, yang dikenali sebagai Nowruz.
Selain itu, satu lagi cuti penting di Iran adalah Hari Raya Aidilfitri, yang turut disambut oleh kebanyakan negara Islam lain, menandakan berakhirnya bulan Ramadan.
Iran juga menyambut cuti umum kebangsaan, termasuk Hari Revolusi Iran, bagi memperingati Revolusi 1979 yang berjaya menggulingkan pemerintahan monarki dan menubuhkan Republik Islam.
4. Sri Lanka (25 hari)
Sri Lanka menduduki tangga keempat dalam senarai negara dengan jumlah cuti umum paling banyak di dunia, iaitu sebanyak 25 hari setahun.
Salah satu cuti paling penting di Sri Lanka adalah Tahun Baru Sinhala, yang dikenali sebagai Aluth Avurudda. Ia menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Sinhala.
Satu lagi cuti penting di negara itu adalah Tahun Baharu Buddha, yang dikenali sebagai Wesak, bagi memperingati kelahiran dan kematian dewa Buddha.
Sri Lanka juga meraikan beberapa cuti penganut agama Kristian, termasuk Krismas dan Easter. Perayaan ini disambut oleh penduduk Kristian yang merupakan minoriti di negara tersebut.
5. Bangladesh (22 hari)
Bangladesh menduduki tangga kelima dalam senarai negara dengan jumlah cuti umum paling banyak di dunia, iaitu sebanyak 22 hari setahun.
Cuti umum paling penting di Bangladesh adalah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, yang merupakan sambutan perayaan terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia.
Hari Kebangsaan Bangladesh pula disambut pada 26 Mac setiap tahun.
Bangladesh turut menyambut Hari Gerakan Bahasa pada 21 Februari setiap tahun, yang memperingati gerakan bahasa Bengali dan mereka yang terkorban akibat protes pada tahun 1952.