Ini 4 langkah cara tebus e-Madani RM100 yang ramai tak tahu Isnin ini

Ini 4 langkah cara tebus e-Madani RM100 yang ramai tak tahu Isnin ini

Ini 4 langkah cara tebus e-Madani RM100 yang ramai tak tahu Isnin ini. Rakyat dewasa yang layak menerima e-kredit RM100 boleh menebus wang berkenaan menerusi empat langkah.

Seperti yang dikongsikan di laman sesawang Touch ‘n Go, pengguna baharu dan sedia ada perlu terlebih dahulu melakukan proses verifikasi melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

“Langkah pertama, muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Ini 4 langkah cara tebus e-Madani RM100 yang ramai tak tahu Isnin ini

“Seterusnya, bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
“Langkah ketiga, penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC).
“Yang terakhir, pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”,” tulis kenyataan itu.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Semalam Kosmo! melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendaftaran bagi tuntutan e-kredit RM100 secara sekali bayar menerusi program eMADANI akan dibuka mulai Isnin ini.

Anwar berkata, permohonan untuk membuat tuntutan itu akan dibuka sehingga 20 Februari depan dan ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Baca Lagi:
PMX individu pertama dalam Malaysia miliki Digital ID, ini yang perlu anda tahu tentang Digital ID
Ahli arkeologi terkejut jumpa jalan raya purba berusia 2,000 tahun dalam tanah
Rahsia pada usia 71 tahun, lelaki ini terkejut uncle cina hafal surah Yassin sebagai amalan hidup sihat
CATEGORIES