Ini 12 buah jel “bertaraf kayangan” yang ramai orang tak tahu

Ini 12 buah jel “bertaraf kayangan” yang ramai orang tak tahu

Ini 12 buah jel “bertaraf kayangan” yang ramai orang tak tahu.

Kehidupan di penjara bukanlah seperti menginap di hotel. Penjara adalah satu tempat untuk mengajar atau menghukum seseorang daripada kesilapan yang pernah mereka lakukan.

Itu sebab lokasi itu sering digambarkan dengan situasi yang muram seperti bilik yang gelap dan sempit.

Untitled design 2022 04 04T154202.373 1

Membayangkan sahaja sudah rasa menyeksakan, apatah kalau dihumban ke sana.

Namun, berbeza pula dengan penjara di HMP Cookham Wood, Rochester, Kent, England.

Mereka bertindak di luar kotak apabila menyediakan kemudahan televisyen skrin lebar, sofa yang selesa dan alat muzik untuk para banduan.

Merujuk artikel The Sun, institusi itu menempatkan kira-kira 190 pesalah lelaki berumur 15 hingga 18 tahun.

“Di penjara ini, terdapat kemudahan bilik yang merangkumi peralatan seperti pemain DVD, enam buah gitar elektrik dan akustik serta dinding bercorak segi tiga yang menarik,” kata seorang sumber kepada The Sun.

a1ba68dd 6f09 4b57 8e30 64936af22da5.jpg

Kata beliau lagi, pendekatan sebegitu diharapkan para banduan akan berubah menjadi insan yang baik jika dilayan dengan fasiliti yang disediakan.

Berdasarkan rekod, kebanyakan pesalah dihukum kerana jenayah kekerasan dan kesalahan dadah. Segelintirnya langsung tidak pernah berasa kesal.

Justeru, ruang istirehat khas itu hanya dikhususkan untuk banduan yang berkelakuan baik sahaja.

Dalam artikel sama, The Sun melaporkan bahawa Cookham Wood sebelum itu beroperasi sebagai penjara wanita dan pernah memenjarakan pembunuh bersiri, Moors Myra Hindley.

“Hindley dan kekasihnya Lan Brady membunuh lima kanak-kanak berumur 10 hingga 17 tahun pada tahun 1960-an. Kemudian, penjara itu telah ditukar kepada penjara juvana lelaki pada tahun 2007,” kata sumber.

Hmmm…melihat kepada penjara Cookham Wood, sebenarnya terdapat beberapa penjara lagi yang mewah.

Laman web https://www.scoopwhoop.com/ menyenaraikan 12 lagi penjara yang selesa untuk para banduan di seluruh dunia:

1. Bastoy Prison, Norway
2. HMP Addiewell, Scotland
3. Otago Corrections Facility, New Zealand
4. Justice Center Leoben, Austria
5. Aranjuez Prison, Spain
6. Champ-Dollon Prison, Switzerland
7. JVA Fuhlsbuettel Prison, Germany
8. Sollentuna Prison, Sweden
9. Halden Prison, Norway
10. Cebu Prison, Philippines
11. San Pedro Prison, Bolivia
12. Pondok Bambu Prison, Indonesia

Malaysia setakat ini, belum wujud kategori penjara bertaraf kayangan.

Baca Lagi:

Ini sebab kenapa perlu basuh dulu buah kurma sebelum makan..

Inspektor didakwa rogol dan cabul tahanan janda anak dua dalam pejabatnya

Ini senarai penceramah “selebriti” di Selangor ditarik balik tauliah mengajar

CATEGORIES