Ingatkan kaki ayam, rupanya kaki tikus dalam sup

Photo of author

By Joe

Ingatkan kaki ayam, rupanya kaki tikus dalam sup. Sebuah restoran di negeri Michigan berdepan tuntuan mahkamah selepas seorang lelaki menemui kaki tikus di dalam sup yang dihidangkan, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Thomas Howie, 54, berkata, dia bersama beberapa rakannya sedang makan di restoran Olive Garden sekitar pukul 6 hingga 6.30 petang (waktu tempatan) 11 Mac lalu apabila merasakan sesuatu tidak kena dengan makanannya.

“Saya merasa sesuatu menusuk mulut dan andaian pertama saya ia adalah jarum,” katanya sambil menambah, benda asing itu tertusuk pada bahagian pipi di dalam mulutnya.

Ingatkan kaki ayam, rupanya kaki tikus dalam sup

Howie terkejut ketika mengeluarkan objek tersebut apabila mendapati ia sebenarnya adalah kaki tikus yang masih lengkap berbulu dan bercakar.

Apabila rakannya memanggil pengurus, salah seorang daripada mereka tidak pasti apa yang perlu dilakukan dan ingin membantu membuang kaki tikus tersebut.

Howie kemudian melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Polis Warren dan mengunjungi pusat perubatan.

“Saya berjumpa doktor dan segera mendapatkan suntikan tetanus serta beberapa ubat kumur antibiotik,” katanya.

Peguam yang mewakili Howie, Daniel Gwinn berkata, pihaknya terpaksa memfailkan tuntutan mahkamah selepas percubaan untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah gagal.

Baca Lagi:
Bekas isi telur mata kerbau jatuh terbarai, penjual nasi lemak dikurnia rezeki yang tak disangka
Restoran cari pekerja yang pandai tebar roti canai, gaji ditawar sebanyak RM16,977
Tersalah tranfers duit ke akaun bank orang lain?, ini langkah yang perlu anda buat