Ingatkan belacan bakar, rupanya wang kertas bernilai RM440,000 dalam guni.Sebuah video viral di media sosial memaparkan beberapa guni berisi wang kertas sebanyak 1.5 bilion rupiah (RM439,598) yang telah hancur dan dikoyak-koyakkan, dilaporkan oleh laman berita Tribunnews kelmarin.
Berdasarkan video yang dikongsi dalam aplikasi TikTok, wang kertas tersebut dimasukkan ke dalam guni untuk dibuang.
Wang itu dilaporkan berasal dari Bank Indonesia di Malang, wilayah Jawa Timur.
Ia terpaksa dirosakkan dan dibuang atas pelbagai sebab serta tidak sah untuk digunakan.
“Guni-guni ini merupakan longgokan sampah wang berjumlah 1.5 bilion rupiah,” demikian keterangan pada video tersebut.
Susulan perkongsian video tersebut, Bank Indonesia mengeluarkan kenyataan meminta orang awam agar menjaga wang kertas dengan baik.
Masyarakat diminta untuk tidak merosakkan wang kertas seperti melipat, merenyuk, atau membasahkannya.