Influencer terkedu bila tengah sedap makan sate, rupanya termakan sate daging babi

Photo of author

By Joe

Influencer terkedu bila tengah sedap makan sate, rupanya termakan sate daging babi. Sebagai umat Islam, kita perlu menjaga apa yang kita makan, terutama sekali bab kesucian serta status halal.

Umum mengetahui, antara makanan yang haram untuk dimakan oleh umat Islam ialah daging babi dan beberapa makanan lain seperti haiwan yang tidak disembelih serta daging haiwan yang bertaring.

Terbaru, seorang influencer dari negara seberang iaitu Indonesia terkedu apabila dia baru mengetahui sate yang dimakannya itu diperbuat daripada daging babi. Reaksi kedua-dua mereka sedang menjamah hidangan itu dirakamkan lalu dimuat naik di TikTok.

Influencer terkedu bila tengah sedap makan sate, rupanya termakan sate daging babi

Pengguna TikTok @sakasyarif itu hanya bertanya berkenaan sate tersebut selepas sudah menghabiskan secucuk sate sebelum memanggil pekerja restoran itu untuk menambah pesanan sate yang sama.

“Budayakan bertanya setelah makan!”

Dalam video berdurasi seminit lebih itu kelihatan lelaki berkenaan meludahkan semula sate tersebut dan meminta untuk membungkus sahaja pesanan mereka itu.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudahpun mencapai lebih 25 juta tontonan serta lebih 20k komen.

Lepas ni tanya dulu guys sebelum makan…

@sakasyarif Budayakan bertanya setelah makan‼️#sakasyarif #fyp ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Baca Lagi:
Lelaki rakam dengan jelas ‘penanggal’ muncul pukul 4 pagi di Kedah
Senarai 44 harta yang dimiliki Taib Mahmud yang ramai tak tahu
Isteri kantoi curang, suami minta pampasan RM7.25 juta jika isteri gagal pulangkan organ yang diderma dahulu