Individu terkejut jumpa ‘lencana Israel’ untuk dijual secara terbuka di Pulau Pinang. Perang Israel-Palestin di Gaza kini telah memasuki bulan ke-12.
Namun, sehingga kini tidak ada tanda-tanda bahawa konflik ini akan reda atau berakhir. Yang paling menyedihkan, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
Sejak perang meletus pada 7 Oktober tahun lalu, Hamas telah menuntut agar tentera rejim Zionis ditarik keluar sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bertegas bahawa tenteranya perlu kekal di sepanjang sempadan Gaza-Mesir.
Malaysia telah menyuarakan pandangan mengenai isu ini dan berpegang teguh untuk terus menyokong rakyat Palestin serta menentang kekejaman rejim Zionis.
Individu Temui Lencana Israel Dijual
Sebuah video tular di TikTok menunjukkan seorang individu berkongsi rasa terkejutnya selepas melihat peniaga menjual lencana bendera Israel.
Dalam video tersebut, individu berkenaan difahamkan sedang berada di Armenian Street, Pulau Pinang.
Dia kemudian singgah di salah satu kedai dan terkejut apabila mendapati ada lencana bendera Israel yang dijual di kedai tersebut. Individu itu juga banyak kali mempersoalkan mengapa lencana tersebut dijual secara terang-terangan di situ.
@truckers_adinda Kenapa ada di Malaysia? Aku salah baca ke?????? #penang #armenianstreetpenang #malaysiatiktok β¬ original sound – πΈπ