Individu jual basikal ‘karat’ zaman Jepun RM1,000 undang pelbagai reaksi netizen. Di zaman kini, dengan kemajuan teknologi, urusan jual beli boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. Barangan juga boleh dipamerkan melalui gambar atau siaran langsung di media sosial. Namun, kita perlu berhati-hati apabila membeli barangan dalam talian kerana kita tidak dapat melihatnya secara fizikal.
Berbeza dengan situasi yang berlaku dalam satu posting di Facebook, tindakan seorang lelaki yang menjual basikal telah menerima kritikan ramai.
Ramai yang mempersoalkan penjualan basikal ‘berkarat’ pada harga mahal
Dalam satu posting di Facebook, seorang lelaki dilihat membuat iklan untuk menjual basikal dalam sebuah kumpulan di laman tersebut.
Namun, ramai yang mempertikaikan iklan tersebut kerana lelaki itu memaparkan gambar basikal yang sudah berkarat dan menjualnya pada harga RM1,000 untuk sebuah basikal.
Posting itu mendapat banyak kritikan kerana keadaan basikal yang sudah karat dianggap tidak setimpal dengan harga jualannya.