Wanita 72 tahun pulang ke rumah selepas keluarga adakan pengebumiannya

Wanita 72 tahun pulang ke rumah selepas keluarga adakan pengebumiannya

Wanita 72 tahun pulang ke rumah selepas keluarga adakan pengebumiannya.

Seorang wanita berusia 72 tahun di bandar Chennai, India yang dianggap sudah mati oleh keluarganya pulang semula ke rumah dalam keadaan sihat.

Dia yang merupakan penduduk di Ambedkar Nagar berjalan pulang ke rumahnya dengan membawa beg pakaian sekaligus mengundang rasa pelik dan terkejut penduduk kampung yang melihatnya.

Wanita itu pada masa yang sama juga berasa hairan, namun hanya mengetahui kisah pengebumiannya apabila tiba dirumah. Dia kini tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 48 tahun.

Wanita 72 tahun pulang ke rumah selepas keluarga adakan pengebumiannya

Menurut Times of India, wanita itu dianggap mati selepas dilanggar oleh kereta api pada 20 September lalu. Anak lelakinya sendiri telah mengenal pasti mayat itu sebagai ibunya kerana memakai pakaian yang sama seperti ibunya.

Bagaimanapun, muka mayat berkenaan ketika itu sudah hancur menyebabkan proses pengecaman wajah tidak boleh dilakukan.

Apa yang terjadi sebenarnya

Wanita itu kebiasaannya pergi ke kuil di Hanumanthapuram di Singaperumal Koil sejauh 22 kilometer dari rumahnya.

Pada Isnin, dia keluar dari rumah pada awal pagi selepas memberitahu keluarganya bahawa dia akan pulang segera selepas selesai urusan di kuil tersebut. Bagaiamanpun, hari itu, dia tidak pulang terus sebaliknya mengambil keputusan untuk mengziarahi kuil lain yang ada di kawasan sekitar.

Selepas mendapati ibunya tidak pulang, si anak kemudian telah membuat laporan polis di balai polis Guduvancherry.

Pada petang Selasa, anaknya mendapat maklumat dari saudaranya bahawa terdapat seorang wanita telah dilanggar oleh kereta api di landasan kereta api. Anak lelakinya dipanggil ke hospital Chrompet untuk mengenal pasti mayat itu.

“Sari yang dipakai mayat itu sama dengan sari ibunya yang hilang. Jadi, dia mengenal pasti bahawa mayat itu adalah ibunya,” kata R Srikanth, DSP Egmore Railway Police.

Mayat kemudian diserahkan kepada keluarga untuk diuruskan. Pada pagi Khamis, ahli keluarga wanita itu berkumpul untuk upacara seterusnya pada hari ketiga.

Dalam keadaan yang diselubungi kesedihan, wanita itu telah pulang ke rumah dengan membawa beg pakaiannya dan cuba mengamati apa yang sebenarnya sudah terjadi. Mereka kemudian menerangkan semula kepadanya apa yang telah berlaku selepas dia menghilangkan diri.

Sementara itu, polis memberi arahan kepada pegawainya untuk menggali semula kubur itu dan membawa mayat ke hospital Chromepet semula untuk mengenal pasti identiti sebenar mayat tersebut.

Baca Lagi:

Ribuan rakyat Russia lari meninggalkan negara mereka

Dua remaja kantoi berzina, lari terlanjang bogel selepas kena serbu

Datuk kantoi rogol isteri cucu sehingga melahirkan anak

CATEGORIES