Pengadu kes dera pelajar Madrasah didakwa buat laporan palsu

Pengadu kes dera pelajar Madrasah didakwa buat laporan palsu

Pengadu kes dera pelajar Madrasah didakwa buat laporan palsu.

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai dakwaan seorang individu yang melaporkan adiknya telah didera oleh pemilik sebuah madrasah pemulihan dadah yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi untaian Tweet di media sosial Twitter sehingga mencetuskan kekecohan.

Hari ini, media Berita Harian melaporkan ibu kepada mangsa, Zuraina Zamri,45 telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan membuat laporan polis berhubung kejadian berikut.

Pengadu kes dera pelajar Madrasah didakwa buat laporan palsu

Tertuduh walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali.

Zuraina didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.45 tengah malam di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada 21 Ogos lalu.

Pengadu kes dera pelajar Madrasah didakwa buat laporan palsu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata Zuraina ada tampil membuat laporan yang mendakwa anaknya berusia 20 tahun itu telah dipukul, ditumbuk dan kepala diketuk oleh warden madrasah tersebut.

Pengadu kes dera pelajar Madrasah didakwa buat laporan palsu

Pemeriksaan lanjut dibuat terhadap mangsa di Hospital Shah Alam mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

Kata Iqbal lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kes sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya serta diputuskan No Further Action (NFA) terhadap kes berkenaan.

Manakala wanita itu pula dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana didapati membuat laporan dan memberikan maklumat palsu kepada polis, dengan niat menyebabkan penjawat awam (polis) menggunakan kuasa di sisi undang-undang yang boleh mendatangkan bencana kepada seseorang yang lain (pihak madrasah)” ujarnya.

Baca Lagi:

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Terkini : Yusof Qaradawi meninggal dunia

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka dengan amoi berbanding perempuan melayu..

CATEGORIES