Lelaki bunuh anjing liar dengan busur panah di buru polis

Lelaki bunuh anjing liar dengan busur panah di buru polis

Lelaki bunuh anjing liar dengan busur panah di buru polis.

Polis sedang mengesan lelaki bunuh anjing liar dengan menggunakan busur panah di Sky Awani 3, Setapak, di sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Rakaman video berdurasi 18 saat itu memaparkan seorang lelaki memiliki busur serta anak panah mengekori seekor anjing dan memanah haiwan tersebut.

Lelaki bunuh anjing liar dengan busur panah di buru polis

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, laporan tersebut dibuat orang awam yang terkesan dengan video tersebut pada pukul 10.31 pagi hari ini.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015( Akta 772) dan Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Polis masih meneruskan siasatan dalam usaha mengesan suspek dan memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian yang berlaku untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini, boleh menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 0392899110.

Baca Lagi:

Dua remaja kantoi berzina, lari terlanjang bogel selepas kena serbu

Selebriti terkenal kantoi pakai “sport bra” ketika beriadah, tapi dalam media sosial berimej muslimah

Ketua polis KL minta “orang bawah” derma RM30.00 untuk kenduri kahwin anaknya?

CATEGORIES