Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung…

Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung…

Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung… Satu kisah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita yang masih hidup pada hari ini. Jika anda masih ingat, di Malaysia pada tahun 2000 telah berlaku satu peristiwa hitam negara yang mengejutkan ramai pihak.

Pada subuh 2 Julai 2000 berlaku satu peristiwa pencerobohan nekad oleh Kumpulan Militan Al-Maunah ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada st0r persenjataan.

Ek0ran dari kejadian tersebut, kumpulan itu kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, negeri Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan P0lis Diraja Malaysia.

M0hamed Amin bin Mohamed Razali merupakan ketua kepada kumpulan tersebut yang mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.

Peristiwa ini telah menjadi detik hitam buat negara Malaysia yang kita cintai ini. Namun, disebalik kisah itu ada satu kisah sisi lain yang perlu anda tahu. Kali ini kami ingin berk0ngsi satu kisah benar yang berlaku kepada Amin yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.

Kisah Benar! Dicabut Nyawa Sebelum ke Tali Gantung.

 

Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung...

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sungai Buloh. Sebuah kisah benar.

Menurut cerita beliau, semasa beliau selesai memberi ceramah agama pada banduan-banduan di sana. Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang se0rang banduan yang bernama Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertuan Agong.

Apa yang menarik ialah peribadi Si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yang tidak bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok.

Bayangkan kalau orang bakal digantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tidak dapat tidur. Bila tepat jam 4.00 pagi, Amin terus dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat pada kak1nya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung.

Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. Subhanallah………. mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan sentiasa bɛrtaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH untuk kita semua. Inilah kisah yang diceritakan semula oleh ustaz tersebut.

Semoga Allah mɛngampuni segala dosa-dosanya yang dilakukan di dunia ini. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Menerima Taubatnya.

Baca Juga :

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Ramai belum tahu, beza label ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum” pada produk makanan dan minuman

Kisah Nenek tertua di dunia berusia 91 tahun dapat hidayah memeluk Islam

CATEGORIES