Gempar!! Saintis temui virus baharu seakan covid-19 kebal vaksin

Gempar!! Saintis temui virus baharu seakan covid-19 kebal vaksin

Gempar!! Saintis temui virus baharu seakan covid-19 kebal vaksin.

Sejenis virus Covid yang baharu ditemui di dalam kelawar di Russia, dibimbangi berupaya menjangkiti manusia dan kebal terhadap semua jenis vaksin sedia ada, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Sebuah pasukan penyelidik menemui protein daripada virus kelawar itu dikenali sebagai Khosta-2 yang boleh menjangkiti ke sel manusia.

Tidak seperti jangkitan Covid-19 yang lain, ia didapati kebal terhadap semua jenis antibodi dan populasi serum yang melindungi masyarakat pada ketika ini.

Penulis kajian itu, Michael Letko menggesa agar vaksin universal segera dibangunkan untuk membantu melindungi manusia daripada virus berbahaya lain yang terdapat di habitat liar.

Gempar!! Saintis temui virus baharu seakan covid-19 kebal vaksin

Letko yang juga pakar virologi Jabatan Kesihatan Awam Paul G. Allen di Universiti Washington State (WSU) berkata, kuman dalam keluarga sarbekovirus yang menular dalam hidupan liar di luar Asia termasuk Russia di mana virus Khosta-2 itu ditemui, turut memberi ancaman terhadap kesihatan global dan kempen vaksinasi Covid-19.

Sarbecovirus merupakan kumpulan virus mewakili tiga wabak koronavirus yang diketahui sekarang termasuk SARS-CoV1, SARS-CoV2 atau COVID-19.

“Secara genetik, virus Rusia pelik ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan apa yang pernah ditemui sebelum ini.

“Namun apabila kami mengkaji lebih lanjut, kami benar-benar terkejut apabila mendapati ia boleh menjangkiti sel manusia,”kata Letko.

Saintis- saintis telah menemui beratus-ratus sarbekovirus sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan majoritinya ditemui di Asia.

Virus Khosta-1 dan Khosta-2 ditemui dalam kelawar Russia pada 2020, manakala ujian awal mendapati ia tidak menimbulkan ancaman kepada manusia.

Pasukan dari WSU mendapati Khosta-2 boleh menggunakan protein spike untuk menjangkiti sel dengan melekat pada protein reseptor.

Ujian selanjutnya menunjukkan Khosta-2 tidak boleh dihapuskan oleh vaksin semasa.

Antibodi daripada orang yang dijangkiti varian Omicron juga didapati tidak berkesan.

“Pada masa ini, terdapat kumpulan yang cuba menghasilkan vaksin yang bukan sahaja melindungi daripada varian SARS-2 seterusnya tetapi melindungi kita daripada kumpulan keluarga sarbecovirus secara umum,” jelas Letko.

Baca Lagi:

“Begitu sulit, lupakan rehan” kisah disebalik budak viral, pernah mengandung 16 kali

Ketua polis KL minta “orang bawah” derma RM30,00 untuk kenduri kahwin anaknya?

Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung…

CATEGORIES