“Begitu sulit, lupakan rehan” kisah disebalik budak viral, pernah mengandung 16 kali

“Begitu sulit, lupakan rehan” kisah disebalik budak viral, pernah mengandung 16 kali

“Begitu sulit, lupakan rehan” kisah disebalik budak viral, pernah mengandung 16 kali.

Sekiranya anda merupakan pengguna media sosial khususnya TikTok pastinya anda cukup tahu lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan yang dinyanyikan oleh Intan Lembata Bunting.

@binirehan1♬ suara asli – Powerengers bunting – Intan Lembata bunting

Video yang meraih lebih 50 juta tontonan setakat artikel ditulis dan berasal dari negara seberang iaitu Indonesia ini telah mencipta fenomena bukan sahaja di negara berkenaan malah sehingga Malaysia serta menjadi ikutan para netizen dan artis termasuk Zahiril Adzhim.

Di sebalik lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan, Intan Lembata Bunting menyimpan kisah ‘gelap’ yang tersendiri. Malah, pendedahan beliau menerusi temu bual bersama Angga Candra menjadi platform untuk beliau mendedahkan meluahkan kisah di sebalik lagu yang disangka sekadar gurauan bagi orang ramai.

"Begitu sulit, lupakan rehan" kisah disebalik budak viral, pernah mengandung 16 kali

Menurut Intan Lembata Bunting, beliau sudah mengenali Rehan selama setahun lebih. Pertemuan mereka buat pertama kali adalah sewaktu Intan Lembata mimpi sewaktu di hutan yang dipenuhi pokok jagung. Beliau turut mengesahkan jagung di hutan tersebut turut menjadi saksi kepada pertemuan mereka.

@_podcastindonesia 19.57 #podcast #intanlembata #raihan #anggacandra #viral ♬ suara asli – Powerengers bunting – Intan Lembata bunting

Pendedahan yang dibuat sekaligus membuatkan Angga Candra yang menemu bual beliau hairan sekaligus bertanyakan sama ada Rehan benar-benar wujud atau sebaliknya.

“Percintaan yang ada tapi tidak ada. Cinta itu bagi aku benar tapi bagi orang lain tidak,” respon Intan Lembata mengenai percintaan beliau Rehan.

Lebih mengejutkan ramai, beliau sebelum ini turut mendakwa sudah 16 kali mengandungkan anak Rehan. Hal ini sekaligus turut menjadi tanda tanya bagi orang ramai bagaimana pertemuan singkat selama setahun setengah mampu membuatkan beliau mengandung sehinggan 16 kali.

Dalam pada itu, Intan Lembata dengan penuh yakin memaklumkan kejadian mengandung selama 16 kali itu benar menurut beliau sendiri namun hanya di alam halusinasi dan bukan di alam sebaliknya.

Pendedahan yang dibuat jelas membuatkan para netizen lebih hairan. Malah, tidak kurang juga memaklumkan berasa seram dan kelakar dengan penjelasan Intan Lembata. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Baca Lagi:

Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung…

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Ketua polis KL minta “orang bawah” derma RM30,00 untuk kenduri kahwin anaknya?

CATEGORIES