Peraturan baru, anak bising di restoran akan dicaj tambahan RM30.00

Peraturan baru, anak bising di restoran akan dicaj tambahan RM30.00

Peraturan baru, anak bising di restoran akan dicaj tambahan RM30.00.

Sebuah restoran di Singapura mengenakan surcaj tambahan S$10 (RM30.00) ke atas pelanggan jika anak mereka bising sehingga mengganggu pelanggan lain.

Polisi terbaharu yang dilaksanakan oleh restoran Angie’s Oyster Bar & Grill, yang terletak di Bangunan Tan Boon Liat di Outram Road, walaupun bukan perkara baru, telah menimbulkan keresahan buat para pelanggan.

Menurut laporan Mothership, sebuah mesej telah dihantar kepada mereka, di mana ibu bapa telah meluahkan rasa kurang senang dengan polisi terbaharu pihak restoran. Mesej tersebut difahamkan telah dihantar kepada pelanggan yang membuat tempahan dan meminta kerusi bayi disediakan.

Peraturan baru, anak bising di restoran akan dicaj tambahan RM30.00

Pihak kedai pula memaklumkan kepada pelanggan bahawa hanya ruang kereta sorong bayi yang disediakan, manakala kerusi untuk bayi tidak disediakan, kerana restoran itu bukan tempat yang mesra kanak-kanak.

Restoran itu selanjutnya berkata bahawa kanak-kanak masih dialu-alukan untuk berada di restoran terbabit, bagaimanapun, surcaj S$10 akan dikenakan jika kanak-kanak “menjerit” atau “tidak terkawal”, dan jika mengganggu pelanggan lain.

Pihak restoran dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa alasan mengenakan surcaj tambahan S$10 (RM30.00) adalah kerana mereka telah menerima pelbagai aduan daripada pelanggan lain mengenai gangguan yang diterima daripada pelanggan yang membawa anak.

Peraturan baru, anak bising di restoran akan dicaj tambahan RM30.00

“Kami telah menerima banyak aduan tentang kanak-kanak berlari tanpa pengawasan atau mengganggu meja lain semasa tempoh perkhidmatan. Ini bukan sahaja berbahaya kerana pelayan yang sering bergerak dengan makanan panas dan barangan tajam, tetapi ia juga tidak menghormati pengunjung lain yang mungkin ingin menjamu selera dalam suasana yang tenang dan selesa,” katanya.

Tambah mereka lagi, aduan telah dibuat ke atas ibu bapa tersebut dan ada yang akur serta cuba mengawal anak mereka. Tetapi apa yang mengecewakan pihak restoran adalah bilamana terdapat pelanggan yang tidak melakukan apa-apa dan ini mengecewakan pihak restoran.

“Kami meminta tidak lebih daripada rasa hormat antara semua tetamu kami, tetapi kami sedih bertemu dengan beberapa pengunjung yang mungkin berasa lebih berhak daripada yang lain,” tambah pihak restoran seperti yang dilaporkan oleh Mothership.

Peraturan baru, anak bising di restoran akan dicaj tambahan RM30.00

Baca Lagi:

(Video) Atlet angkat berat SUKMA pengsan tiba-tiba, kecoh satu dewan

PM cipta sejarah berucap dalam bahasa Melayu pada Perhimpunan PBB di New York

Kisah pelajar IPT melayu islam di Lembah Klang, ibu bapa tolong ambil perhatian

CATEGORIES