Wanita saman McDonald’s RM59 juta dakwa minum hidangan cecair kimia berbahaya

Wanita saman McDonald’s RM59 juta dakwa minum hidangan cecair kimia berbahaya

Wanita saman McDonald’s RM59 juta dakwa minum hidangan cecair kimia berbahaya.

Seorang wanita di negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS) mengemukakan saman AS$13 juta (RM59 juta) ke atas sebuah restoran makanan segera McDonald’s atas dakwaan dihidangkan cecair kimia berbahaya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Plaintif iaitu Sherry Head mendakwa kejadian berlaku pada Disember 2020 apabila dia membuat pesanan kopi perisa Caramel Machiato menerusi sistem pandu lalu di salah sebuah francais McDonald’s di Alabama.

Bagaimanapun, jenis minuman yang diterima bukan kopi tetapi cecair kimia berbahaya, dakwanya.

Wanita saman McDonald's RM59 juta dakwa minum hidangan cecair kimia berbahaya

Perkara itu disedari Head apabila meneguk cecair tersebut yang dikatakan digunakan untuk membersihkan mesin pembuat kopi, sejurus menerimanya daripada kakitangan pandu lalu.

“Saya teguk sedikit sahaja cecair itu dan tekak serta mulut serta-merta menjadi kebas selain tekak seperti terbakar.

“Akibat kejadian itu, saya mempunyai kesan parut kekal di kerongkong dan mungkin memerlukan pembedahan,” jelasnya.

Peguambela Head, Alyssa Baxley berkata, pekerja restoran tidak datang membantu walaupun selepas pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.

“Apabila responden pertama tiba, pekerja McDonald’s enggan membantu, menafikan permintaan daripada kakitangan perubatan untuk menunjukkan kepada mereka botol bahan kimia yang dihidangkan kepada Sherry walaupun dia memerlukan rawatan kecemasan,” kata Baxley.

Ganti rugi yang dituntut termasuk pampasan AS$3 juta (RM13.7 juta) dan ganti rugi punitif AS$10 juta (RM45.6 juta).

Sementara itu, wakil restoran francais McDonald’s berkenaan memaklumkan telah menerima surat tuntutan saman dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

“Kesihatan serta keselamatan pelanggan dan pekerja kami sentiasa menjadi keutamaan. Sejurus selepas mengetahui insiden ini, kami telah menjalankan siasatan menyeluruh untuk memahami fakta kes.

“Kami dimaklumkan aduan telah difailkan di mahkamah di Houston County, Alabama,” kata pemilik dan pengendali restoran terbabit, Gerry Murphy.

Baca Lagi:

Terkini!! Zahid Hamidi lepas, bebas daripada 40 pertuduhan rasuah

Ini antara sebab kenapa lelaki tua semakin diminati berbanding lelaki muda…

Pernah kahwin 5 kali, 3 janda dan 2 anak dara, akhirnya lelaki 52 tahun ini kahwin dengan gadis 17 tahun

CATEGORIES