Sembunyi kesan dera oleh bapa kandung, murid 7 tahun terpaksa pakai jaket dalam kelas

Sembunyi kesan dera oleh bapa kandung, murid 7 tahun terpaksa pakai jaket dalam kelas

Sembunyi kesan dera oleh bapa kandung, murid 7 tahun terpaksa pakai jaket dalam kelas.

Seorang murid lelaki berusia tujuh tahun cedera di badan, muka, siku, telinga dan bibir disyaki menjadi mangsa dera bapa kandungnya di Taman Desa Jaya, di sini sejak Julai lalu.

Perkara itu terbongkar apabila disedari oleh guru termasuk tindakan mangsa memakai jaket ketika dalam kelas.

Mangsa yang merupakan anak tunggal itu tinggal bersama bapanya yang berusia 29 tahun dan ibu tiri sejak setahun lalu selepas ibu bapa kandungnya berpisah.

Sembunyi kesan dera oleh bapa kandung, murid 7 tahun terpaksa pakai jaket dalam kelas

Sebelum ini, mangsa dijaga neneknya di Tanjung Dawai tetapi dibawa bersama bapanya serta bersekolah di Pekan Lama, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, penderaan terhadap mangsa disedari guru kelasnya semalam selepas ternampak muka kanak-kanak itu ada kesan merah, selain memakai jaket di dalam kelas.

“Guru yang memeriksa badan mangsa terkejut mendapati terdapat calar di seluruh badan, bengkak di siku, luka di telinga kiri dan kesan lebam di seluruh badan.

“Bimbang anak muridnya menjadi mangsa dera, guru kelas itu memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan sekolah terbabit sebelum mangsa dibawa untuk membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaidy, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan pemeriksaan perubatan di badan mangsa mendapati dia menjadi mangsa dera dan kini ditempatkan diwad untuk rawatan susulan.

“Polis kemudian menahan bapa kandung mangsa dan hasil siasatan lelaki itu mengaku memukul anaknya menggunakan rotan, batang penyapu dan senduk plastik sejak dua bulan lalu.

“Lelaki itu memberi alasan dia terpaksa bertindak demikian kerana anaknya didakwa degil dan hiperaktif’,” katanya.

Katanya, suspek yang bekerja kilang kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 27 September untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Baca Lagi:

Ahli perniagaan Malaysia dari Pulau Pinang ditahan di Venezuela

Pernah kahwin 5 kali, 3 janda dan 2 anak dara, akhirnya lelaki 52 tahun ini kahwin dengan gadis 17 tahun

Presiden Rusia Putin umum sedia berperang

CATEGORIES