Separuh akhir bola sepak SUKMA kecoh, pengadil kena hambat keliling pandang

Separuh akhir bola sepak SUKMA kecoh, pengadil kena hambat keliling pandang

Separuh akhir bola sepak SUKMA kecoh, pengadil kena hambat keliling pandang.

Aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) malam tadi dicemari insiden kekecohan apabila pegawai pasukan menghambat pengadil di penghujung perlawanan.

Pertemuan antara pasukan Wilayah Persekutuan dengan Pulau Pinang itu terpaksa dihentikan selama kira-kira lima minit susulan insiden berkenaan.

Video kekecohan itu turut tular di media sosial yang menyaksikan seorang pegawai pasukan Wilayah Persekutuan masuk ke padang dan mengejar pengadil kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Separuh akhir bola sepak SUKMA kecoh, pengadil kena hambat keliling pandang

Pengadil dilihat terpaksa berlari menyelamatkan diri daripada tengah padang ke tempat duduk simpanan pasukan Pulau Pinang.

Kekecohan berlaku selepas pasukan Wilayah Persekutuan memburu gol penyamaan di separuh masa kedua apabila ketinggalan 0-1 di babak pertama hasil sepakan penalti diperoleh Pulau Pinang pada minit ke-37.

Misi Wilayah Persekutuan mendapatkan gol penyamaan kian sukar apabila pemainnya dilayangkan kad merah pada minit ke-88 kerana mengasari pemain Pulau Pinang.

Susulan insiden kad merah itu, seorang pegawai pasukan Wilayah Persekutuan masuk ke padang bagi membantah keputusan itu dan kemudian turut dikenakan kad merah sebelum bertindak menghambat pengadil perlawanan.

Permainan disambung semula dan berakhir dengan kedudukan kekal 1-0 memihak kepada Pulau Pinang sekaligus mara ke final berdepan Terengganu pada aksi final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, esok.

Pulau Pinang bakal mencipta sejarah tersendiri dengan memenangi pingat emas acara bola sepak SUKMA buat pertama kali jika berjaya menundukkan Terengganu.

Baca Lagi:

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit menyentuh hati ramai

[VIDEO] Geng ‘hobi mahal’ dikecam ganggu pengguna jalanraya

Leave a Reply

Your email address will not be published.