Selepas disindir Sanusi, TMJ ‘up’ gambar badut McDonald’s

Selepas disindir Sanusi, TMJ 'up' gambar badut McDonald's

Selepas disindir Sanusi, TMJ ‘up’ gambar badut McDonald’s.

‘PERSETERUAN’ antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Menteri Besar Kedah nampaknya kembali panas apabila kedua-duanya saling berbalas sindiran di laman sosial.

Segalanya bermula Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Presiden Kedah Darul Aman (KDA) FC memuatnaik hantaran di Facebooknya seakan menyindir Tunku Ismail Sultan Ibrahim awal pagi tadi.

Dalam hantaran itu, Muhammad Sanusi mempersoalkan kenapa kalut memberi ulasan mengenai jurulatih pasukan lain.

Selepas disindir Sanusi, TMJ 'up' gambar badut McDonald's

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, ia dipercayai ditujukan kepada TMJ susulan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ada memberikan komen mengenai jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim baru-baru ini.

Malah, Muhammad Sanusi membuka cerita lama berhubung status seorang pemain pinjaman, dipercayai merujuk kepada Syafiq Ahmad yang dipanggil semula oleh JDT daripada KDA FC.

“Yang nampak dok kalut pasai (pasal) jurulatih pasukan lain tu pasai apa? Agaknya pasai jurulatih tu dia tak boleh nak call direct macam dia dok call jurulatih team lain sebelum ni kot!

“Cerita dia nak ambik balik player pinjaman pun, dia call jurulatih dgn player direct suruh balik, padahal perjanjian pinjaman dibuat antara pengurusan team A dengan pengurusan team B, bukan dengan jurulatih pun… nampak dak kerek dia?

“Dia ingat dia boleh buat semua benda dan orang lain tak boleh kata apa kat dia ka? Ni tahun 2022 dah cik oiii… bukan tahun 1422,” tulis Muhammad Sanusi.

Dalam sesi soal jawab TMJ bersama peminat kelmarin, pelantikan Teong Kim selaku ketua jurulatih baharu Perak turut mendapat tumpuan peminat JDT yang memintanya mengulas mengenai kehadiran pengendali kelahiran Melaka itu.

“Berkenaan dengan soalan pertama tadi, sama ada Perak yang betul-betul kaya atau dia (merujuk kepada Teong Kim) menerima gaji lebih kecil kerana tiada kerja,” kata TMJ.

Kemuncak ‘perseteruan’ mereka tercetus pagi tadi apabila TMJ memuatnaik di Insta Story gambar badut McDonald’s memegang ‘tray’ makanan berisi burger, kentang goreng serta air.

Menerusi hantaran itu, TMJ menulis: Dari dulu baik zip saja mulut tu. Makin banyak bunyi makin terserlah kebodohan. Pegang semua benda gagal. Negeri gagal, ekonomi gagal, sukan gagal, semua gagal. Ini namanya expert of gagal/failure.”

Muhammad Sanusi kemudian membalas di Facebooknya dengan menulis: “Panaihhh (panas) tak apa, koyak jangan la.”

Beberapa bulan lalu kedua-duanya pernah bertelagah di laman sosial sehingga TMJ menghantar McDonald’s kepada Muhammad Sanusi namun Menteri Besar Kedah itu menyatakan beliau lebih suka makan cucur.

Baca Lagi:

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit menyentuh hati ramai

Mee segera ada perisa “babi” tapi ada logo Halal

Leave a Reply

Your email address will not be published.