Rupanya cermin mata hitam dicipta sejak zaman primitif dipakai untuk tujuan ini..

Rupanya cermin mata hitam dicipta sejak zaman primitif dipakai untuk tujuan ini..

Rupanya cermin mata hitam dicipta sejak zaman primitif dipakai untuk tujuan ini…

Rupanya cermin mata hitam dicipta sejak zaman primitif oleh orang Inuit menggunakan gading walrus dengan belahan kecil pada tengah-tengah ‘kanta’.

Umumnya, cermin mata digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga cermin mata untuk mengatasi masalah silau dari cahaya terang seperti matahari yang dikenali sebagai cermin mata hitam atau sunglasses.

Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya cermin mata hitam pertama kali dicipta oleh siapa. Untuk pengetahuan, cermin mata hitam telah dicipta sejak dari zaman primitif lagi.

Cermin mata hitam pertama itu dikatakan dicipta sejak 2000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inuit atau dikenali sebagai Laut Bering Lama yang tinggal di sekitar pantai barat Alaska dan merupakan nenek moyang kepada Inuit moden.

Rupanya cermin mata hitam dicipta sejak zaman primitif dipakai untuk tujuan ini..

Tujuan cermin mata hitam dicipta

Turut dipanggil sebagai gogal salji, ia direka untuk melindungi mata daripada rabun salji yang disebabkan oleh cahaya matahari yang terang.

Orang Inuit (budaya Thule) juga dipercayai telah membawa cermin mata itu ke Kanada kira-kira 800 tahun yang lalu.

Cermin mata hitam primitif kebiasaannya diperbuat daripada gading walrus, tulang, kulit atau kayu dengan dua belahan halus di dalamnya . Ia sudah tentulah bukan dicipta untuk tujuan fesyen dan bergaya.

Rupanya cermin mata hitam dicipta sejak zaman primitif dipakai untuk tujuan ini..

Dalam pada itu, terdapat kisah legenda yang mendakwa bahawa Maharaja Rom Nero menonton perlawanan gladiator menggunakan cermin mata yang diperbuat daripada zamrud. Walau bagaimanapun, pakar sejarah berpendapat bahawa ia merupakan satu dakwaan yang lemah.

Memetik Sunglass Museum, orang Cina telah melakukan sedikit pembaharuan terhadap model kaca mata orang Inuit pada abad ke-12 apabila mereka menggunakan kuarza berasap untuk kanta.

Pun begitu, terdapat perbezaan fungsi cermin mata yang diciptakan oleh mereka berbanding yang diciptakan oleh orang Inuit. Cermin mata yang diciptakan oleh orang Cina bertujuan untuk menyembunyikan memek muka dan bukannya untuk tujuan fesyen atau berlindung dari cahaya matahari.

Rupanya cermin mata hitam dicipta sejak zaman primitif dipakai untuk tujuan ini..

Pada pertengahan tahun 1700, seorang pakar optik dari London telah melakukan eksperimen mengenai cermin mata dengan menggunakan kanta hijau untuk membantu masalah penglihatan tertentu. Difahamkan, warna hijau merupakan pilihan yang terbaik untuk mengawal sinaran cahaya matahari.

Spesifikasi berwarna zamrud pada ketika itu masih mengundang kemarahan menurut beberapa bukti yang disebut dalam karya Nathaniel Hawthorne dan Edgar Allan Poe sehingga abad-20 apabila cermin mata hitam moden seperti yang kita dapat lihat hari ini tercipta.

Warna pertama dihasilkan pada tahun 1929
Pada tahun 1929, Sam Foster mula mengeluarkan dan menjual cermin mata dengan warna pertama yang dihasilkan secara besar-besaran hingga menjadi item fesyen hangat di laluan-laluan Atlantic City.

Seterusnya, dalam beberapa tahun kemudian, Bausch & Lomb mula bertindak dengan mencipta cermin mata hitam khas untuk juruterbang tentera Amerika Syarikat.

Reka bentuk yang diubah setelah Jeneral Douglas MacArthur mencetuskan trend baharu apabila dia memakai cermin mata tersebut untuk menonton wayang.

Rupanya cermin mata hitam dicipta sejak zaman primitif dipakai untuk tujuan ini..

Setelah hampir sedekad selepas itu, cermin mata hitam mula terkenal dengan pelbagai peringkat serta reka bentuk yang sentiasa diperbaharui.

Kini, dengan adanya teknologi moden seperti kanta terpolarisasi yang telah diperkenalkan pada tahun 1930, ia membantu mengurangkan lagi tahap silau serta mengurangkan risiko kerosakan mata akibat cahaya Ultra Ungu (UV).

Baca Lagi:

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Separuh akhir bola sepak SUKMA kecoh, pengadil kena hambat keliling pandang

Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit menyentuh hati ramai

CATEGORIES