Mee segera ada perisa “babi” tapi ada logo Halal

Mee segera ada perisa “babi” tapi ada logo Halal

Mee segera ada perisa “babi” tapi ada logo Halal.

Isu logo halal palsu yang dipaparkan pada produk makanan bukanlah perkara baru di Malaysia. Walaupun operasi giat dilakukan oleh pihak berwajib, masih ada segelintir pihak yang berani melanggar peraturan. Paling membimbangkan wujud beberapa pemborong yang mengimport barangan makanan dari luar negara yang mempunyai logo halal meragukan.

Turut berlaku di Jepun

Mee segera ada perisa "babi" tapi ada logo Halal

Ternyata, isu tersebut difahamkan turut berlaku di negara lain seperti Jepun apabila ada produk makanan mereka yang mengandungi bahan terlarang seperti babi tetapi masih memaparkan logo halal. Terbaru, tular di media sosial satu produk mee beras berperisa tulang babi yang mempunyai logo halal.

Peka dengan isu yang sedang hangat di media sosial ketika ini, pertubuhan yang bertanggungjawab memberi sijil halal di Jepun iaitu Pertubuhan Nippon Asia Halal (NAHA) mengeluarkan satu kenyataan di laman rasmi Facebook mereka.

Tarik semula produk

Mee segera ada perisa "babi" tapi ada logo Halal

NAHA menerusi kenyataan tersebut memaklumkan bahawa produk itu telah ditarik semula dari pasaran dan meminta agar orang ramai untuk segera memaklumkan kepada pihak mereka sekiranya masih menjumpai produk tersebut di mana-mana kedai.

Difahamkan kenyataan itu juga dibuat untuk umat Islam di Malaysia dan juga Singapura khususnya yang mempertikaikan kesahihan logo halal produk berkenaan.

Malah, NAHA juga menegaskan bahawa mereka bukanlah syarikat palsu yang senang untuk mengeluarkan sijil halal bagi sesuatu produk seperti yang dikatakan oleh orang ramai.

Baca Lagi:

Terkini! Mesyuarat kabinet hari ini, tarikh PRU15 bakal diketahui

Dr Erin cabar dedah gambar bogel miliknya, siap dedah sebab 7 kali cerai

Bapa rogol dua anak kandung dijatuhi hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan

CATEGORIES