Bapa rogol dua anak kandung dijatuhi hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan

Bapa rogol dua anak kandung dijatuhi hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan

Bapa rogol dua anak kandung dijatuhi hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan.

Tindakan durjana seorang lelaki merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap dua anak kandungnya yang kini berusia 15 dan 19 tahun sejak tujuh tahun lalu serta mengugut membunuh isteri serta kedua-dua mangsa berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan di Mahkamah Ayer Keroh hari ini.

Keputusan itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen, Nariman Badruddin selepas tertuduh yang berusia 56 tahun mengekalkan pengakuan bersalah atas 28 pertuduhan yang di buat di Mahkamah Sesyen sama semalam.

Tertuduh yang bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat pelaburan hanya menunduk lesu di kandang tertuduh ketika mendengar keputusan oleh mahkamah.

Hukuman penjara itu bagaimanapun diputuskan berjalan serentak secara berperingkat dan menjadikan tempoh pemenjaraan selama 45 tahun selain sebatan juga dilakukan selain hanya 24 hukuman sebatan maksimum boleh dikenakan.

Bapa rogol dua anak kandung dijatuhi hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan.

Mengikut 21 pertuduhan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, tertuduh didakwa merogol kedua-dua mangsa secara berasingan dengan 13 pertuduhan melibatkan mangsa berusia 19 tahun serta lapan lagi pertuduhan membabitkan seorang lagi mangsa yang kini berusia 15 tahun.

Tertuduh turut didakwa atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 15 tahun dan berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan.

Malahan, bapa lima anak itu turut berdepan satu pertuduhan lain mengikut Seksyen 377B Kanun sama kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama serta satu lagi pertuduhan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal.

Mengikut fakta kes, kejadian yang berlaku sejak tahun 2015 itu terbongkar selepas isteri mangsa terlihat tertuduh sedang merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun di rumah mereka pada 5 september lalu.

Tertuduh yang mempunyai dua isteri dikatakan menjadikan kedua-dua mangsa sebagai ‘hamba seks’ selepas mereka mencecah usia 12 tahun dengan melakukan perbuatan terkutuk itu di setiap ruang rumah termasuk atas sofa ruang tamu dan tangga rumah.

Malahan, tertuduh turut beberapa kali memaksa mangsa melakukan hubungan seks termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan remaja perempuan itu.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara 24 September 2015 sehingga 5 September 2022 lalu yang mana kejadian bermula selepas kedua-dua mangsa mula mencecah usia 12 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah bernombor di Taman Thamby Chik dalam daerah Melaka Tengah.

Prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan menjelaskan keterangan diberikan oleh kedua-dua mangsa jelas membuktikan mereka trauma dengan kejadian itu sehingga takut untuk mendekati lelaki lain mahupun saudara mereka.

Katanya, sifat ‘binatang’ tertuduh telah merosakkan sesebuah institusi kekeluargaan sedangkan menjadi tanggungjawabnya sebagai ayah untuk melindungi kehormatan anak perempuannya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun beberapa kali mengulangi telah menginsafi perbuatannya dan sudah memohon maaf kepada isteri serta anak-anak selain memohon hukuman ringan memandangkan keadaannya yang uzur kerana menghidap penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, sakit kulit kronik serta masalah tulang belakang.

Dalam prosiding berasingan, tertuduh turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Mazana Sinin kerana mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh terhadap isteri dan anak-anak dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Prosiding berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal.

Baca Lagi:

Lelaki berjalan atas air sungai berjaya dirakam, penduduk kampung terkejut

Netizen dedah harga jam tangan Fazura cecah RM4 juta

Ramai puas hati penunggang basikal T20 diajar cukup-cukup sampai ‘cium’ jalan

CATEGORIES