Takziah kepada para pengguna “oil treatment”, lelaki ini kongsi kereta Axia miliknya enjin jadi hitam berkeladak

Takziah kepada para pengguna “oil treatment”, lelaki ini kongsi kereta Axia miliknya enjin jadi hitam berkeladak

Takziah kepada para pengguna “oil treatment”, lelaki ini kongsi kereta Axia miliknya enjin jadi hitam berkeladak.

Terdapat pelbagai ‘produk pihak ketiga’ berada di pasaran didakwa mampu meningkatkan prestasi enjin atau mengurangkan pengunaan minyak hanya dengan menambah cecair itu ke dalam enjin. Namun, bukan semua produk tersebut benar-benar memberi kesan baik kepada enjin kereta, bahkan ada yang menyebabkan kereta bertambah rosak lebih teruk lagi.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook berkongsi beberapa gambar keadaan dalam enjin kereta Perodua Axia yang kotor hitam berkeladak didakwa akibat penggunaan oil treatment.

Menurutnya lagi, ini bukanlah kali pertama kerana sudah banyak kes yang sama berlaku sebelum ini. Namun masih ramai yang percaya dan tetap menggunakan produk-produk oil treatment itu.

Perkongsian gambar-gambar itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook yang lain. Ramai yang terkejut dan pada masa sama bersimpati dengan pemilik Axia itu kerana enjin keretanya menjadi teruk sehingga begitu rupa sekali.

Ada beberapa pengguna Facebook lain yang turut berkongsi pengalaman buruk sendiri selepas menggunakan oil treatment. Katanya selepas menuang cecair itu masuk ke dalam enjin, prestasi keretanya menurun dengan mendadak dan dia terpaksa overhaul untuk membaik pulih semula.

Takziah kepada para pengguna "oil treatment", lelaki ini kongsi kereta Axia miliknya enjin jadi hitam berkeladak

Menurut netizen lain lagi, daripada gambar-gambar yang dikongsikan itu didakwa pemilik Axia tidak membuat penyelenggaraan berkala dan menganggap apabila menambah cecair oil treatment, dia langsung tidak perlu membuat sebarang penyelenggaraan enjin mengikut tempoh sepatutnya.

Tambah warganet, mereka menyeru agar orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum mahu membeli produk-produk asing untuk dimasukkan ke dalam kenderaan.

Pada masa sama, dapatkan khidmat pusat servis atau mekanik pakar supaya tidak berbelanja besar untuk membayar kos baik pulih akibat kerosakkan yang lebih teruk.

Takziah kepada para pengguna "oil treatment", lelaki ini kongsi kereta Axia miliknya enjin jadi hitam berkeladak

Baca Lagi:

Perkongsian lelaki ini bangkitkan kemarahan netizen, dera dan hempas meja pada anak

Wang disimpan terlalu banyak, 16 jiran bantu tolong kirakan!

Kisah benar mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan

CATEGORIES