Tak puas hasil jual tanah, suami tembak isteri sebelum tembak diri sendiri

Tak puas hasil jual tanah, suami tembak isteri sebelum tembak diri sendiri

Tak puas hasil jual tanah, suami tembak isteri sebelum tembak diri sendiri.

Akibat perselisihan faham dan tidak puas hati dengan agihan wang hasil penjualan tanah, seorang lelaki warga emas menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di sebuah kampung di Mukim Tembeling dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa seorang pesara renjer hutan berusia 73 tahun cedera di leher dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tak puas hasil jual tanah, suami tembak isteri sebelum tembak diri sendiri

Sementara, isterinya yang juga pesara renjer hutan berusia 67 tahun cedera di bahagian belakang rusuk kiri meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jerantut.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan berkata, polis menerima maklumat dari ketua kampung pada 8.30 pagi memaklumkan kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian iaitu belakang bahagian dapur rumah berkenaan menemui seorang lelaki dalam keadaan terduduk bersama selaras senapang patah.

“Seorang saksi yang tinggal di sebuah inap desa berhampiran rumah mangsa dikatakan mendengar dua das bunyi tembakan, sebelum mendengar suara meminta tolong.

“Saksi memaklumkan melihat seorang wanita terbaring di bahagian belakang dapur dalam keadaan sedar dan berlumuran darah sambil meminta tolong,” katanya.

Mazlana berkata, wanita itu kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.

Katanya, wanita terbabit cedera di bahagian belakang rusuk sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia di Hospital Jerantut.

“Difahamkan pergaduhan suami isteri itu berpunca daripada isterinya yang tidak memberi wang hasil jualan tanah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih dijalankan,” katanya menambah lelaki berkenaan mempunyai lesen senjata api.

Sementara itu seorang saksi, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52 yang menyewa inap desa berhampiran berkata, dia terdengar bunyi dua letupan dalam tempoh selang tiga minit pada 7.30 pagi.

“Saya bersama seorang lelaki pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong, sebelum membawanya ke hospital,” katanya.

Baca Juga : 

Kisah benar mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan

“Jenayah membawa padah” Yana anak Najib rakam curi-curi Rosmah solat dan berdoa

“Perghh mesti dia rasa terpaling hero” tular video aksi rider menyelit bawah lori kontena dikecam netizen

CATEGORIES